Pintu rumah dibuka perlahan. Dian berjalan dengan lemah ke dalam rumah. Rumah ini terlalu banyak kenangan manis dengan keluarganya meskipun ianya hanya sekejap tetapi ianya tetap membekas di hati Dian.
Gelak tawa keluarganya masih lagi terngiang-ngiang di cuping telinganya. Dipandang pula potret keluarga yang betul-betul berada dihapan ruang tamu. Perlahan-lahan tangannya naik untuk memegang satu persatu wajah orang-orang yang dia sayang. Sejurus itu dia tertawa kecil mengingatkan masa mereka mengambil gambar bersama.
Flashback
"Zarul,mama cakap jangan kacau Fea kan." Marah Datin Dina sambil mencekak pinggang.
"Mana ada,Fea yang kacau Zarul" balas Zarul. Dia menyorok dibelakang Dian dari terus dicubit oleh mamanya.
"No! Abang yang kacau Fea,abang letak cicak atas kepala Fea mama" rengek Sofea sambil menarik hujung baju Datin Dina.
Dian yang berada dihadapan Zarul itu terus memukul lembut lengan Zarul. "Abang ni kenapa? Kesian Fea" ujar Dian.
Seraya itu terus Dian ke arah adiknya dan mengelapkan air mata yang jatuh dari tubir mata Sofea.
"Shh,jangan nangis jom kita masuk dulu,tinggal je abang Zarul ni kat sini" pujuk Dian. Sofea menganggukkan kepalanya sempat dia menjelirkan lidah ke arah Zarul.
"Bye-bye abang,akak lagi sayang Fea dari abang!" Ujar Sofea.
Zarul memuncungkan bibirnya. Tak adil! Mama dia ambil,Sara dia ambil habistu aku tinggal apa je? Bebel Zarul sendirian.
"Papa kan ada,kita geng lelaki jangan hiraukan dia orang" ujar Dato Darius secara tiba-tiba.
Zarul tergelak kecil sebelum sama-sama melangkah masuk ke kedai gambar.
"Abang cepatlah!" Jerit Sofea.
"Werk,tak nak" ujar Zarul sambil membalas semula jeliran lidah Sofea tadi.
"Huh" rajuk Sofea.
"Sudah,cepat kita nak ambil gambar keluarga ni,jangan nak bergaduh mama sula bontot sorang-sorang nanti baru tahu,Dian sini dekat mama,Fea duduk tengah,abang pun sini lah duduk sebelah saya ha Zarul kamu duduk sebelah kanan Fea" bebel Datin Dina. Yang lain hanya mengikut sahaja kehendaknya.
Dari belakang Zarul mengajuk percakapan Datin Dina. Dian tergelak kecil dengan kelakuan abangnya yang tidak bersalah itu. Tak reti serik!
"Baik semua sedia" ujar jurufoto
"Sedia!" Balas Zarul kuat. Yang lain hanya memandang pelik sebelum tawa mereka terletus.
1
2
3Kcak!
End flashback.
Mengenangkan hal itu air mata Dian semakin lebat jatuh,sungguh dia rindu, terlalu rindu untuk semua itu. Setiap sudut rumah itu semuanya mempunyai kenangan yang tersendiri.
"Sara tahu tak,apa perasaan mama bila dapat tahu anak yang mama cari selama dah kembali pada mama...mama rasa happy sangat sampai mama rasa yang tugas mama dah selesai,mama betul-betul rasa bersalah dengan Sara kalau dari dulu lagi mama dah jumpa Sara mesti Sara tak perlu lalui semua tu kan"
Kata-kata yang dilontarkan oleh mamanya masih lagi terngiang-ngiang di telinganya.
Jalan punya jalan dia terlanggar meja sehingga gelang tangan di atas meja itu jatu ke lantai. Dia tunduk mengambil gelang tangan yang jatuh itu. Sekali lagi airmatanya tumpah.
![](https://img.wattpad.com/cover/248926355-288-k593647.jpg)
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...