𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 19

4.7K 258 12
                                    

Arina termenung jauh sebelum kembali menunduk ke arah jam tangan yang diberikan oleh Zarul untuknya. Satu-satunya hadiah yang Zarul pernah beri untuknya.


Flashback

Tiga tahun lalu

Arina terkial-kial mencari beg duitnya di dalam beg tangannya. Sempat dia meminta juruwang di kaunter itu menunggu dirinya sebentar.

"Sekejap ye,aduh mana pulak duit ni" ujar Arina sendiri. Orang dibelakangnya sudah memaki hamun dirinya.

"Oi,kalau rasa tak ada duit tak payah lah beli, berambus lah orang lain pun nak beli juga" ujar seorang perempuan dibelakang Arina.

Arina tersenyum sebelum berkata. "Maaf ye,saya tengah cari dompet tadi ada saya tak tahulah tercicir dekat mana, sekejap ye"

"Kalau nak barang free cakap je lah tak payah nak buat alasan domper tercicir bagai!" Ujar perempuan itu lagi. Pergaduhan antara mereka berdua membuatkan orang-orang yang ada disekeliling mereka berbisik.

Arina tertunduk malu. Dia hanya diam tidak terkata di situ. Semua orang memandangnya bagaikan dia pesalah.

"Tak pe lah,saya letak balik je lah semua ni" ujar Arina. Juruwang itu hanya mencebikkan bibirnya. 'tak de duit buat cara tak ada duit'.

Baru sahaja Arina hendak mengambil barangan yang berada di atas kaunter tangannya ditahan oleh seseorang. Dia memandang gerangan orang yang sesuka hati memegang tangannya.

"A-awak?" Soal Arina terkejut. Lelaki iti hanya membuat tidak endah dengan soalannya.

"Berapa semua ni?" Soal lelaki itu pada juruwang.

"RM 104.40" balas juruwang itu sambil tersenyum senyum.

Dengan pantas lelaki itu mengeluarkan dua keping not RM 100.

"Ambil ni,baki simpan" ujar lelaki itu.

"Zarul!" Ujar Arina. Eii dia ni main bayarkan je,aku tak nak lah terhutang budi dengan dia!

Zarul hanya memandang kosong ke arah Arina sebelum berpaling menghadap perempuan yang memarahi dan mengutuk Arina tadi.

"Kau apahal cakap macam tu tadi?kau sengaja nak malukan dia?" Soal Zarul tegas.

Perempuan itu diam dan menundukkan kepalanya kebawah.
"Kaisarah,kau dipecat jangan kau datang lagi office aku!" Ujar Zarul sebelum mengambil barangan milik Arina yang baru sahaja dia bayar sebelum menarik pergelangan Arina.

Perempuan itu hanya diam tak berkutik. 'aduh macam mana Encik Zarul ni boleh kenal dengan perempuan tu,tak guna,tak pasal-pasal aku kena buang kerja,apa aku nak makan lepas ni'

"Awak!lepas lah sakit tau" ujar Arina. Zarul dengan pantas melepaskan tangan Arina.

"Huh,awak ni kenapa? Tak pasal-pasal dia tu kena pecat,tak baik lah awak ni" bebel Arina.

Zarul hanya memekakkan telinganya sebelum barang yang dipegang olehnya diletakkan ke dalam tempat duduk belakang.

"Suka hati akulah" ujar Zarul sebelum memboloskan diri kedalam kereta. Arina yang melihat itu terus mengeluh kuat.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now