𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 𝐒𝐩𝐞𝐜𝐢𝐚𝐥 2

4.9K 214 79
                                    

"Aisya..." Seru Ashraf. Dengar sahaja Zarul memberitahunya tentang Aisya pengsan terus dia meletakkan pinggan yang dia pegang untuk mengisi makanan. Tanpa banyak menyoal kakinya laju melangkah ke arah Aisya.

Sekarang ini mereka berada di hospital. Manakala Zarul dan Arina masih lagi di majlis mereka. Kata mereka, mereka akan datang melawat selepas selesai bersanding. Mana tak nya, sedang elok duduk atas pelamin, pengantin turun. Kecoh habis lah satu majlis.

Aisya membuka matanya perlahan-lahan, kepalanya masih lagi pening tetapi tidak terlalu pening seperti tadi.

"Aisya dekat mana ni?" Tanya Aisya. Dia mengerutkan dahinya saat belakang tangannya di masuki jarum. Dapat dia lihat sebotol air yang tergantung di tepi katilnya.

"Aisya, jangan gerak. Kau tak sihat lagi" kata Ashraf tegas. Dia menolak perlahan Aisya supaya berbaring sahaja.

"Kenapa Aisya boleh ada dekat sini?" Tanyanya pada Ashraf.

"Aku tak tahu, tapi apa yang aku tahu kau pengsan tadi. Ish kau ni suka lah menyusahkan orang. Kau tahu tak di sebabkan kau, rosak majlis Arina dan Zarul! Mana aku nak letak muka aku ni? Kan aku dah cakap kalau tak sihat tak payah pergi. Tapi kau ni degil! Orang cakap langsung tak nak dengar. Lepastu nangis? Nangis je lah kau tahu, menyusahkan!" Marah Ashraf. Suaranya semakin lama semakin meninggi membuatkan Raiz dan Dian yang berada di luar meluru masuk ke dalam bilik itu. Dayana dia telah hantar kepada Puan Kalsum untuk menjaganya. Lagi pula Dayana sudah tertidur tadi.

Dian terus meluru masuk mendapatkan Aisya yang menangis teresak esak. Dian memeluk Aisya untuk menghentikan tangisannya.

Raiz menarik Ashraf supaya keluar mengikut dirinya. Sempat dia memberi isyarat kepada Dian untuk memujuk Aisya. Biar dia settlekan Ashraf.

"Raf, apa kau buat?" Tanya Raiz tegas.

"Apa? Aku buat apa?" Kata Ashraf tidak bersalah.

"Jangan buat-buat bodoh Raf, kau sedar tak yang kau marah tu siapa?" Tanya Raiz tegas.

"Aisya"

"Aisya tu siapa pada kau?"

"Isteri"

"Then? Kenapa kau marah dia macam tu? Dia baru sedar kau dah nak marah dia sampai macam tu sekali. Raf, kau bukan macam ni lah. Aisya tu sakit jadi kau kena lah berlembut sikit. Tolonglah Raf, jangan ego sangat, kalau ada masalah settle, bukannya marah-marah macam tu" nasihat Raiz tegas.

"A-aku... A-aku tak boleh, aku sakit hati" balas Ashraf.

"Kenapa? Dia buat apa dekat kau?" Tanya Raiz. Kini nada suaranya semakin lembut. Dia menarik lengan Ashraf supaya duduk di kerusi. Dia memegang bahu adiknya.

"Sebab dia majlis Zarul rosak, mana aku nak letak muka aku" kata Ashraf acuh tak acuh.

Raiz mengerutkan dahinya. Tak mungkin sebab ini.

"Jangan tipu aku Riyaz Ashraf" kata Raiz tegas.

Ashraf mengeluh sebelum dia menjawab.

"Aisya tipu aku" kata Ashraf senada.

"Maksud kau?"

"Dia tak sakit macam tu pun, dia bukannya ada apa-apa masalah, dia hanya pura-pura berkelakuan seperti kanak-kanak" kata Ashraf.

Raiz mengerutkan dahinya.

"Cuba kau cakap bagi habis, jangan sekerat jalan" kata Raiz geram.

Flashback

"Apa hal kau telefon aku ni? Esok tak boleh?" Tanya Ashraf.

"Sorry bos, tapi maklumat yang kau minta hari tu, aku dah dapat. Sebenarnya isteri bos tak ada masalah mental yang boleh menjadikan dia berpewatakan seperti kanak-kanak pun" kata lelaki itu.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now