𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 16

5.7K 286 55
                                    

Seminggu telah berlalu tetapi Dian masih lagi tidak dapat menerima hakikat bahawa keluarganya telah pergi buat selamanya. Dian kini tinggal di rumah sewa milik Arina,itu juga atas permintaan Arina kerana dia sendiri mahu menjaga Dian.

Keadaan Dian semakin susut,dia tidak makan hanya minum air,itu pun apabila dipaksa. Raiz,Carl,Ashraf dan Danny juga ada datang melawat Dian. Malah setiap hari mereka datang untuk mengetahui keadaan Dian.

Arina? Tipulah kalau dia tidak terasa dengan kematian keluarga Dian. Dia turut merasai kehilangan. Selepas kematian uminya 3 tahun lalu keluarga Dian lah tempat dia bergantung harap dan Zarul lah yang banyak memberikannya semangat untuk teruskan hidup. Dia redha akan kehilangan uminya.

Sekurang-kurangnya dia masih lagi ada abi yang sentiasa ada dengannya. Abinya juga lah punca untuk dia terus kuatkan semangat.

🦋

"Dian,jom lah kita makan" ujar Arina dari arah luar pintu. Sudah puas dia mengetuk pintu bilik Dian tetapi tiada sahutan. Tak pernah-pernah Dian kunci pintu. Selalunya dia hanya membiarkan pintu biliknya terbuka tetapi hari ni lain.

Tanpa berlengah terus sahaja Arina turun ke tingkat bawah dan mengambil kunci pendua bilik yang Dian duduki. Sempat dia menelefon Raiz untuk memaklumkan hal tersebut.

Kakinya laju menaiki tangga. Mulutnya tidak habis berkata "ya Allah, selamatkanlah Dian".

Ktak!

Pintu bilik Dian dibuka, terkejut Arina sehingga kunci ditangannya jatuh ke lantai.

"D-Dian,a-apa kau buat ni?" Soal Arina gagap,sungguh dia terkejut dengan apa yang dia nampak sekarang ni. Perlahan-lahan dia menapak ke arah Dian.

"Weh,tak lawak lah Dian kau letak pisau tu balik" arah Arina lembut.

Dian hanya menggeleng kuat. "Tak nak!aku nak mati,aku nak mati!" Ujar Dian dengan kuat.Pisau ditangannya dihalakan ke arah pergelangan tangannya.

"Dian ingat Allah,Dian mengucap Dian" ujar Arina bergetar.

"Tak nak! Allah tak pernah ingat aku jadi buat apa aku nak ingat Dia! Aku penat aku letih dengan semua ni! Tiada siapa yang faham aku! Tak ada siapa!" Ujar Dian dengan kuat.

"D-Dian,aku ada Dian,kau boleh share masalah kau dengan aku" pujuk Arina lembut. Perlahan-lahan dia mendekati Dian.

"Kau jangan dekat,sekali lagi kau datang dekat,aku bunuh kau sekali!" Ugut Dian. Senyuman sinisnya terukir dibibir.

"D-Dian" ujar Arina bergetar. Air matanya jatuh melihat keadaan Dian yang ada depan matanya,lain sungguh lain. Dia beristighfar di dalam hati. "Ya Allah,bantu aku Ya Allah".

"Jangan panggil aku Dian lah!" Jerit Dian. Telinganya ditekup kuat. Dia mendengar suara bisikan halus di telinga nya.

"Ini semua salah kau,kalau kau tak muncul dalam keluarga kau,dia orang tak akan mati lah" bisik suara itu.

"Tak-tak! Diam,aku cakap Diam!" Jerit Dian dengan kuat.

"Lebih baik kau mati je macam dia orang habis cerita,kau tak layak hidup,tiada siapa peduli tentang kau" ujar Suara itu lagi.

Dian menarik kuat rambutnya sebelum perlahan lahan dia duduk bersandar di dinding bilik. Dia seolah-olah menolak suara itu pergi. Pisau ditangannya turut di ajukan ke hadapan.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now