Flashback
17 tahun lalu
"Zarul jaga Sara elok-elok ya, mama nak ke tandas sekejap jangan main jauh-jauh dari sini" arah seorang wanita yang berbaju merah hati sambil tangan nya mengelus rambut anak lelakinya itu.
"Okay mama,Zarul main dekat tepi ni je"
Dari jauh seseorang memerhati sambil senyuman yang sukar ditafsirkan, perlahan lahan 'orang' itu berjalan kearah Zarul dan juga Sara atau Dian.
"Adik duduk sini diam-diam tau,tak mo nangis abang nak tengok kucing tu jap,kejap je,bye mmuah" tutur Zarul lembut sambil mencium lembut jari adiknya yang berada didalam genggaman.
Sedang Zarul leka mengejar kucing yang semakin jauh,ketika itulah 'orang'itu berjalan dan mengambil Sara yang berada didalam stroller kanak-kanak.
Baru sahaja bayi kecil itu ingin menangis mulut nya ditekup menggunakan kain yang telah disapu dengan sejenis cecair.
"Zarul, Sara mana?"
"Sara kat sana lah mama tu atas tu" tunjuknya ke arah kerusi yang menempatkan dia dan Dian.
"Ya, Allah Zarul kenapa tinggal Sara sayang,adik tu kecil lagi kalau hilang macam mana,sini jom pergi sana"
"Alolo anak mama ni panas ye sa-" belum sempat dia menghabiskan ayatnya jantungnya berdegup kencang 'tak,tak mungkin!"
"Sara?Zarul Sara mana?Sara!" Soal nya pada anak lelaki nya itu,kaki nya tak tentu arah matanya melilau mencari anaknya.
Tanpa membuang masa telefon bimbit di keluarkan dari beg tangan dan mendail seseorang. Riak di wajahnya jangan ditanya,terlalu risau,air mata yang bertakung di lap kasar,wajah anak lelakinyabyang menunduk itu dipandang sayu. Tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana dia yang bersalah meninggalkan anak perempuan nya yang masih bayi dengan anak lelakinya yang berumur lima tahun.
"Hello,Datin Dina,ada apa yang boleh saya bantu?" Soal seseorang melalui telefon itu.
"Pak Tam tolong cek kan CCTV kawasan perumahan ni,anak saya Sara kena culik"
"Baik datin,sekejap ye"
"Datin, kira-kira 10 minit lepas ada satu van putih yang agak mencurigakan keluar dari kawasan perumahan kita ni,yang Pak Tam nampak dari sini ada Dua orang lelaki memakai topeng muka bewarna hitam,jadi wajah nya tak nampak" terang Pak Tam dengan jelas.
"Macam mana dengan nombor plat dia?nampak tak"
"Maaf datin,tapi van yang dinaiki mereka tiada nombor plat hanya terdapat satu logo yang aneh"
"Hantar gambar logo tu dekat saya,Pak Tam tolong bagi tahu security yang lain supaya jaga kawasan perumahan ni dan suruh polis buat sekatan jalan raya,saya nak call suami saya dahulu"
Ting!
'tak mungkin'
"Mama,mana Sara?sara okey je kan,Zarul minta maaf,Zarul tak tengok adik elok-elok" rayu nya dengan wajah yang kendur air mata yang mengalir dibiarkan jatuh.
"Tak pe sayang,ni salah mama,kita cari Sara ye sayang, sekejap mama call papa dulu" dia mengusap kepala anak lelaki nya itu.
"Abang,abang dekat mana,cepat balik sekarang saya tunggu di rumah"
"Ha,kenapa ni,salam tak de tiba-tiba sergah abang macam ni, kenapa ni Dina slowly cerita dekat abang"
"Abang,Sara,Sa-ra hilang"
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...