Sedar tak sedar hari ni merupakan hari terakhir mereka di rumah Tok Wan. Dian terasa berat untuk meninggalkan Tok Wan, dia dah ajak Tok Wan untuk tinggal bersama tapi Tok Wan menolak atas alasan tiada siapa yang akan menjaga haiwan ternakan dan kebunnya.
Dian cuma akur dengan jawapan Tok Wan. Dah orang tak sudi nak buat macam mana.
Perkara yang berlaku semalam kembali berputar dalam fikirannya sebelum dia tersenyum lemah.
Flashback
Dian menuruni tangga dengan berhati-hati untuk ke tandas. Dia sudah ajak Arina tapi minah tu boleh pula tidur. Nak tak nak dia kena lawan juga perasaan takutnya. Mujurlah lampu dapur memang terbuka.
Telefon pintar miliknya digenggam kuat. Baru sahaja dia hendak membuka pintu tandas dia melihat kelibat Layla yang sedang menuangkan sesuatu ke dalam cawan.
Dian apa lagi rakam lah, lepas itu cepat-cepat dia masuk tandas. Selesai sahaja dia membuang air kecil terus dia mencari kelibat Layla tapi tiada.
Kakinya laju melangkah ke luar, dia berlindung disebalik pintu rumah sambil memerhati Raiz dan Layla yang seperti bertekak. Dia membuka langkah berjaga-jaga terus dia merakam perbualan antara Raiz dan Layla. Dalam hati dia sudah menyirap dengan Layla yang seolah-olah sedang menggoda Raiz. Sebelum dia mendapati bahawa cawan yang Layla pegang itu sama seperti cawan yang Layla masukkan sesuatu.
"You, kalau ye pun tak nak maafkan I sekurang-kurangnya, minum lah air yang I buat ni" kata Layla.
Raiz malas berkata terus dia ambil air itu sehingga dia meneguk laju. Memang kebetulan dia haus, penat berbincang tentang masalah kerja dengan salah seorang pekerja bawahannya. Tiba-tiba Layla datang.
"You, I tahu yang I salah sebelum ni, I tak minta banyak cukup untuk you maafkan I" kata Layla lembut.
Dalam diam dia tersenyum sinis melihat Raiz yang sedang menahan diri dari tertidur. Yes perangkap aku dah kena.
Tanpa dia sedar dirinya diperhatikan oleh seseorang.
Dian terkejut apabila bahunya disentuh seseorang. Dia memandang orang yang menyentuh bahunya itu. Nasib dia tidak menjerit kalau tidak habis kantoi.
"Kau buat apa ni?" Tanya Carl. Kebetulan dia bangun sebab nak minum air tapi tengok-tengok Dian tercegat belakang pintu.
"Shh, jangan cakap kuat-kuat sini, tengok tu" bisik Dian. Dia menarik Carl supaya bersembunyi dibelakangnya.
"Oh shit" carut Carl. Dian menepuk belakang badan Carl.
"Diam lah, jangan mencarut saya tengah rakam ni" tegur Dian.
"Tak kan kita nak diam je dekat sini kau tengok tu Layla dah heret Raiz pergi mana entah" kata Carl.
"Relax lah paling teruk pun dia heret Raiz masuk bilik dia, awak diam je, kita main game sama-sama dengan dia nak?" Tanya Dian.
Cark meneguk air liur. Kenapa dia rasa takut dengan Dian.
"Nak tak?" Tanya Dian lagi. Apa ke susah mamat ni nak jawab. Lembab.
"N-nak" balas Carl gagap.
"Cepat menyorok dia dah nak tarik Raiz" kata Dian sebelum dia menyorok dibelakang sofa.
"Sabar lah, kau ni" marah Carl. Geram betul dia dengan perangai Dian yang agak pelik malam ni.
"Diam malam ni aku bukan Dian, aku Syeera, Dian tu lembab, jadi baik aku yang buat kerja" kata Dian.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...