𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚| 47

3.7K 174 106
                                    

"Abang Zarul, kenapa abang  ada dekat sini? Panas ni jom masuk abah suruh Dayah panggil abang" kata seorang perempuan yang memakai baju kurung kedah berwarna ungu.

Zarul memalingkan wajahnya ke arah suara yang menegurnya. Dia tersenyum nipis.

"Sekejap lagi abang masuk, Hidayah masuk lah dulu, abang  nak ambil angin sekejap" kata Zarul.

"Baiklah kalau macam tu, jangan lupa masuk tak elok duduk di luar ni lama-lama sudahlah panas" nasihat gadis yang bernama Hidayah itu.

"Iya nanti abang naik" balas Zarul.

Gadis itu terus mendaki tangga rumah dan masuk ke dalam rumah. Sempat dia memusingkan badannya ke belakang untuk melihat Zarul yang masih lagi melayan perasaan di bawah pokok sambil menikmati pemandangan sawah padi yang terbentang luas di hadapannya.

"Kenapa aku asyik mimpi perempuan tu? Siapa dia pada aku? Kenapa aku tak dapat nak ingat apa-apa?" Tanya Zarul pada dirinya sendirian.

Zarul cuba untuk mengingati peristiwa di mana dia dan keluarganya kemalangan.

Flashback

Lepas sahaja dia jatuh ke dalam sungai dia telah hanyut sehingga ke sungai Kedah. Jauh kan? Memang jauh.

Disebabkan air ketika itu terlalu deras dia terhantuk pada batu-batu yang berada di dalam sungai.

Sedar-sedar sahaja dia sudah terlantar di atas katil hospital. Apa yang dia nampak bila sedar hanyalah Hidayah dan kedua orang tua Hidayah.

Apa yang dia tahu dia kehilangan separuh dari memorinya. Dia ingat tentang kemalangan tetapi untuk mengingati gadis yang sering dia nampak dalam mimpi itu sukar. 

"Pak cik ni siapa?" Tanya Zarul setelah sedar dari koma. Lebih kurang sebulan juga dia tidak menyedarkan diri.

"Nama pak cik Ismail, kamu cuma panggil pak cik Pak Mail je ya" kata Pak Mail.

Zarul hanya mengangguk perlahan. Dia masih lagi dalam proses pemulihan. Dia baru sahaja sedar tidak sampai setengah hari.

"Yang ini pula isteri pak cik, Mak Senah, dan yang ini pula anak pak cik Hidayah, dia lah yang selalu jaga Zarul masa kamu tak sedarkan diri" terang Pak Mail.

Hidayah tersenyum malu memandang wajah kacak Zarul. Handsome nya abang ni, tengok dia tidur pun dah handsome apatah lagi bila dah bangun.

"Terima kasih" kata Zarul kepada Hidayah.

"Sama-sama, abang Zarul nak makan?" Tanya Hidayah.

"Tak apa, abang tiada selera lagi" tolak Zarul lembut. Tidak mahu mengasari gadis yang menolong menjaganya.

Setelah 30 minit mereka berada di wad Zarul akhirnya mereka sekeluarga pulang. Banyak juga yang Zarul sembang kan dengan Pak Mail.

Zarul memandang ke arah lampu yang terletak di siling hospital.

"Siapa dia?" Fikirannya melayang memikirkan perempuan yang selalu hadir dalam mimpinya.

End Flash back

"Abah, Zarul ada benda nak cakap" kata Zarul sambil memandang ke arah Pak Mail. Semenjak dia menjadi anak angkat keluarga Pak Mail, mereka meminta supaya Zarul memanggil mereka sebagai abah dan mak.

"Apa yang Zarul nak cakapkan tu?" Tanya Pak Mail.

"Zarul ingat Zarul nak balik ke Kuala Lumpur semula, ada banyak benda yang Zarul kena settlekan, dah lama sangat Zarul menyorok dari semua, jadi Zarul rasa ini masa yang terbaik untuk Zarul kembali kepada keluarga Zarul" luah Zarul.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now