Kaki dibawa langkah ke dalam rumah. Hairan, kenapa sunyi semacam je ni? Selalunya Dian akan membuat kerja di ruang tamu. Tetapi hari ni tiada pula.
Tanpa berlengah kaki mendaki tangga. Penat betul hari ni, banyak kejutan yang dia dapat.
Dan yang paling mengejutkan tentang Zarul. Jujur dia tak sangka yang Zarul masih lagi hidup. Dan lagi dia tak sangka Zarul hilang ingatan.
Apa semua ni? Harap lepas ni dah tiada kejutan. Tentang Zarul tu nanti lah dia bagi tahu Dian. Zarul kata dia sendiri yang akan beritahu Dian.
''Apa yang rancak semacam je ni? Dian berborak dengan siapa? Arina datang ke apa?" Gumam Raiz sendirian.
Tanpa berlengah terus dia membuka pintu. Terkejut bukan main lagi dia ketika melihat dua orang perempuan yang berwajah sama dihadapan pintu.
Hampir sahaja dia pengsan. Mujur dia lelaki yang tak mudah pengsan.
Dia menggosok mata berkali-kali. Betul ke apa yang aku nampak ni?
"Dian apa semua ni?" Tanya Raiz.
Dian mendekati Raiz. Lengan Raiz dirangkul. Dia menarik Raiz ke ruang tamu. Sempat dia mengisyaratkan agar Syeera mengikut dirinya.
Mungkin ini adalah masa yang Raiz kena tahu tentang dia dan Syeera. Tapi dia tak sangka yang Raiz akan tahu secepat ini.
Raiz hanya mengikut. Sampai sahaja diruang tamu Raiz merentap Tangannya yang dirangkul oleh Dian.
Wajah Dian dipandang kemudian dia mengalihkan pandangannya pada Syeera.
"Abang, duduk dulu ya kita bincang" kata Dian sopan.
"Nak bincang apa lagi Dian? Apa yang kau sorokkan pada aku sebenarnya?" Tanya Raiz sinis.
Dia rasa macam kena tipu hidup-hidup dengan isteri sendiri.
"Tak...ini bukan apa yang abang nampak" kata Dian.
"Bukan apa yang aku nampak? Habistu perempuan ni siapa? Pelanduk dua serupa kau?" Kata Raiz kasar.
"Abang, ni Syeera dia kembar saya, adik saya" kata Dian.
"Kembar? Kenapa kau tak bagi tahu aku awal-awal Dian?" Tanya Raiz lagi.
Syeera hanya memerhati malas mahu mencampuri urusan mereka. Biarlah Raiz berbincang dengan baik.
"Saya minta maaf"
"Minta maaf? Kau buat aku macam orang bodoh Dian. Aku sangka yang kau betul-betul ada penyakit mental, tapi kau tipu aku Dian"
"Tapi saya buat semua ni bersebab" kata Dian lagi dia cuba untuk menarik tangan Raiz. Tetapi Raiz menepis kuat tangannya.
Dia dah agak perkara ni akan berlaku.
"Sebab? Sebab apa Dian? Kau anggap aku ni apa!?" Naik seoktaf Raiz menyoal.
Kenapa hari ni merupakan hari yang paling letih dalam hidup dia? Satu persatu kejutan datang. Apa ingat ni hari lahir dia ke?
"Suami..." Balas Dian perlahan.
Sungguh dia tak sangka yang Raiz akan menengking dirinya. Selalunya lelaki itu hanya akan bercakap secara mendatar tanpa nada.
"Kalau kau anggap aku suami, kau tak akan tipu aku lah, aku tak faham lah apa motif kau sebenarnya" kata Raiz mendatar dan keluar dari rumah. Dia takut yang dia akan mengasari Dian ketika dia marah. Jadi caranya adalah keluar dari rumah.
Dian menahan airmatanya. Dia lemah apabila ditengking. Lagi-lagi dengan orang yang dia sayang. Dia memegang kepalanya yang terasa pening. Pandangannya semakin kabur. Dan akhirnya dia pengsan.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...