𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 𝐑𝐞𝐚𝐥 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠

6.7K 216 45
                                    

Tiga tahun kemudian

"Mummy! Adik berak!" Laung anak kecil itu. Dia menutup hidung menggunakan tangan. Busuk!

"Adik berak? Suruh daddy basuh. Mummy busy ni!" Laung si ibu. Tangan masih lagi sibuk menggaul nasi di dalam kuali. Lepas sahaja Zarul berkahwin, Dian sudah tidak lagi bekerja. Dia kini menjadi suri rumah sepenuh masa. Lagi pun Zarul memang seharusnya menjadi pewaris syarikat arwah papanya.

"Daddy! Adik berak! Daddy bangun lah" kata anak kecil itu. Dia menolak kuat tubuh daddynya yang sedang meniarap itu.

Itu melompat di atas badan sasa daddynya tetapi daddynya masih lagi tidak sedar dari lena.

Timbul satu idea jahat dalam fikirannya. Dia menarik adik lelakinya yang sedang meniarap itu ke arah muka daddynya.

Seluar adiknya ditanggalkan. Disuakan bontot si adik yang berlapik pampers pada muka daddynya.

Si ayah yang tidur terus terjaga saat menghidu udara yang segar?

"Bau apa ni! Busuk nya!" Kata si ayah saat terjaga dari lena.

Dia memandang tajam ke arah anak perempuannya yang menggelakkan dirinya.

"Yana! What are you doing?" Tanya Raiz tegas kepada anaknya. Haish lah anak, makin besar makin nakal. Tahun depan masuk sekolah habislah dibuli kawan-kawan tu nanti. Iya sekarang Dayana Raisha sudah berumur empat tahun.

"I'm trying to wake you up daddy, but you still sleeping" kata Dayana.

"Then, you can wake me up nicely right?"

"Yes, but daddy yang tak nak bangun, so that's not my fault" kata Dayana petah.

"What ever, so why?"

"Adik berak lah daddy, mummy suruh daddy basuh" terang Dayana. Dia menunjukkan ke arah adik lelakinya yang sedang meniarap di atas tilam.

"Kenapa tak mummy je basuh?"

"Mummy so so busy daddy, so you as husband need to help your wife " kata Dayana membela mummy nya.

"Amboi pandai nya mulut anak daddy ni cakap, come help daddy" kata Raiz sempat dia mencuit hidung mancung anak nya itu.

"Ryan Dylan anak daddy ni berak ye sayang? Sini daddy basuh. Baby help me now" kata Raiz. Dia mengarahkan Dayana untuk membantunya mengambil tuala Ryan. Ryan Dylan anak kedua Raiz dan Dian yang baru sahaja berumur 7 bulan.

"Oh daddy, Yana dah besar okay, I'm not a baby anymore" kata Dayana geram. Tak suka lah daddy panggil dia baby. Dia dah besar.

"Okay, bukan baby but princess okay?" Kata Raiz mengalah.

"Okay daddy!" Kata Dayana. Princess okay, no baby!

🦋

"Abang! abang tak dengar ke Aidil nangis ni?" Marah Aisya. Di tepuk kuat perut suaminya yang elok terlentang di atas katil. Orang suruh tengokkan anak sekejap pun tak boleh. Lepastu sibuk nak anak lain. Ada juga yang dapat penampar kejap lagi ni.

"Alolo sayang mama, sini shh, jangan nangis. Baru bangun ya sayang" Kata Aisya. Dia mengangkat anak nya Aidil Raziq yang baru sahaja berumur 2 tahun. Anaknya itu memang manja, kalau bangun mesti kena da orang dekat sebelah. Kalau tidak memang akan mengamuk. Lagipun Aidil satu-satunya anak mereka. Mereka langsung tidak merancang untuk ada anak lagi buat masa ini. Kata Ashraf biarlah Aisya berehat. Aidil seorang pun susah nak jaga apatah lagi lebih dari seorang.

"Abang! bangun lah!" Marah Aisya. Geramnya dengan Ashraf ni, liat sungguh nak bangun.

"Apa kau ni sayang, aku mengantuk lah" Kata Ashraf. Dia menggosok matanya. Dia terus duduk di atas katil. Rambutnya yang tidak terurus itu dibiarkan. Padahnya bila tidur selepas subuh. Apa pun tak jalan.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now