𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚| 55

5.4K 198 11
                                    

Leher dipanjangkan menjenguk ke dalam rumah. Mana isterinya ini? Kata nak suruh orang balik awal. Balik-balik tapi tak ada pula.

"Bah!" Sergah seseorang dari belakang.

Dia menjeling tajam ke arah orang itu sebelum dia menarik lengan orang yang menyergah nya.

"Hey! Nasib abang tak ada sakit jantung" kata Raiz geram.

Dian tergelak kecil.

"Itu pun nak terkejut" balas Dian sambil menggulingkan mata ke atas.

"Amboi, suka nya dia gelak kan orang, nak kena geletek ke?" Tanya Raiz dan berura-ura ingin menggeletek badan Dian.

Dian melarikan diri ke ruang tamu. Takut!

Sedang dia asyik berlari kakinya tersadung melanggar hujung karpet yang menggelembung.

Mujur Raiz cepat sahaja menyambut Dian dari jatuh. Kalau tidak, tak tahu lah apa yang bakal jadi.

"Itu lah, lari lagi, nasib abang sambut tau" bebel Raiz.

"Sorry..." Rayu Dian dengan wajah yang dibuat-buat comel.

Raiz menjentik dahi Dian perlahan. Dia menarik Dian ke dalam pelukannya. Dian diam. Selesa berada di dalam pelukan suaminya itu. Bau perfume yang dipakai oleh Raiz benar-benar wangi.

"Di-an..." Syeera terus memusingkan badannya kembali. Aduh aku salah timing ke apa?

Terus Dian menolak Raiz jauh. Raiz yang tidak sedia itu jatuh terduduk di atas sofa.

"Err... Kau nak apa Syeera?" Tanya Dian.

"Tak ada apa, aku cuma nak cakap yang aku nak balik penthouse aku dah kejap lagi" kata Syeera.

"Bagus lah tu, pergi balik shuh, shuh" halau Raiz. Aman sikit tak ada yang mengganggu. Bukan boleh percaya sangat Syeera ni, menyakitkan hati. Ada sahaja masa dia akan culik Dian bawak pergi tempat lain.

Syeera menjeling. Tak guna punya abang ipar.

"Abang... Tak baik lah" tegur Dian. Macam budak-budak laki dia ni.

"Entah, tak baik tau buat adik ipar macam ni" sambung Syeera mengapi-apikan Raiz.

Padan muka!

Syeera memeluk Dian serentak itu dia menjelirkan lidah pada Raiz. Bye aku nak culik kakak aku bawak balik rumah!

Raiz mendengus kasar. Dia bangun dan menarik Dian supaya dekat dengannya. Tetapi malangnya Dian menolak semula Raiz jatuh di sofa.

Raiz menayangkan wajah meminta simpati. Sampai hati tak pilih suami!

Dian tidak menghiraukan Raiz. Dia terus memandang Syeera yang memeluk lengannya.

"Ra, balik naik apa? Nak aku hantar?" Tanya Dian.

"Tak payah, aku dah suruh Hayyan ambil aku" kata Syeera.

Dian menganggukkan kepala.

"Hayyan tu siapa, yang datang dekat hospital hari tu ke?" Celah Raiz.

"Haah, pahal?" Tanya Syeera kasar. Sibuk betul.

"Tak ada apa, dia tu pak we kau eh?" Tanya Raiz.

Dian mencubit peha Raiz. Sibuk betul nak tahu hal orang. Sejak bila jadi pak cik bawang ni?

"Kau nak sibuk kenapa?" Tanya Syeera geram. Pantang betul dia dengan orang yang sibuk nak ambil tahu tentang dia.

"Tak lah, cuma kalau kau tu dah ada pak we boleh lah kau kahwin dengan dia, tak payah dah kau datang sini nak manja-manja dengan isteri aku, sibuk je" kata Raiz selamba. Jealous tau, sejak Syeera ada dekat sini asyik-asyik Syeera sahaja yang mendapat layanan Dian. Habistu dia? Dipinggirkan.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now