"Awak,kita nak buat apa dekat sini?" Tanya Dian.
"Adalah,jom masuk" ajak Raiz. Dia jalan terlebih dahulu sebelum Dian. Tak kan nak pegang tangan pula kan. Haram.
Dian hanya mengikut langkah Raiz. Dadanya disentuh perlahan, aduh jantung ni masa ni lah nak berdegup kencang. Perut ni pun satu masa ni lah nak sakit.
"Assalamualaikum" laung Raiz dari luar pintu.
Tak sampai beberapa saat pintu dibuka dari dalam. Kelihatan seorang wanita yang agak berumur keluar. Walaupun pun berumur wajahnya masih lagi terlihat cantik.
"Waalaikumussalam,Iz baru sampai?" Tanya wanita itu.
"Haah, mmy ni lah Dian yang Iz cakap tu" kata Raiz.
"Cantik ye,bakal menantu mummy,jom lah masuk" ajak wanita yang bergelar mummy itu.
Dia masih lagi tercegat di depan pintu, dia hanya memandang kekok kearah Raiz. Siapa ni,bukan dia cakap parents dia dah tak ada ke?
"Sorry,lupa nak kenalkan dekat kau, Dian ni mummy Carl, mummy ambil aku as anak angkat dia lah,sama juga macam Raf dan Danny" terang Raiz.
"Ooo,hai aunty...?"
"Kalsum, but panggil je mummy okay"
Dian tersenyum sebelum membalas "Okay mummy..."
"Dah,mari kita masuk,semua dah ada dekat dalam" kata Puan Kalsum.
"Mummy masuk dulu ye,biar Iz bercakap dengan Dian sekejap" pinta Raiz. Puan Kalsum sekadar menganggukkan kepalanya tanda faham.
Puan Kalsum masuk ke dalam rumah sebelum menjerit. "Carl !!, Astaghfirullahalazim,kemas sekarang semua ni, nanti mummy datang balik tengok masih lagi bersepah, siap kamu mummy kerjakan!" Ugut Puan Kalsum. Pening dia melihat keadaan ruang tamu rumahnya yang bersepah bagaikan tempat pembuangan sampah.
Apa nak jadilah anak aku sorang ni, suka sangat buat sepah. Nak kata kecik dah besar. Umur dah cecah 24 tahun tapi perangai macam budak-budak.
Tanpa kata terus sahaja Carl mengemas ruang tamu yang telah dia dan Ashraf sepah kan. Sempat dia mengutuk Ashraf. "Tak guna,aku juga yang kena kemas, dia yang main PS4 ni tak kemas,aku jugak, balik-balik aku,semuanya aku lah, mummy pun satu,siapa anak dia sebenarnya ni,asyik aku je kena marah huh"
"Kamu mengata mummy ke?" Tanya Puan Kalsum, meskipun sekarang dia berada ditingkat dua dia masih lagi dapat mendengar bebelan anak lelakinya itu.
'alamak! Macam mana mummy boleh dengar ni mati lah' dengan cepat Carl menjawab "mana ada, mummy silap dengar ni".
🦋
"Dian,aku tak tahu nak cakap macam mana dengan kau tapi aku harap kau boleh terima apa yang aku nak sampaikan" kata Raiz dengan tenang. Ditarik nya Dian ke arah taman mini yang terletak ditepi rumah besar itu.
"Apa yang awak nak cakap sebenarnya ni?" Tanya Dian pelik.
"Tujuan aku bawak kau datang sini untuk meminang kau,sekali gus kita tunang" kata Raiz lancar.
"Alah setakat tunang je" Balas Dian. Sebelum dia.
"Hah? Apa awak cakap tunang?" Tanya Dian setelah tersedar.
"Ye, tunang" balas Raiz tenang. Walaupun dalam hatinya berdebar.
"Awak gila ke? Wayar awak putus eh? Kita ni baru je kenal tau, angin tak ada ribut tak ada, tiba-tiba awak nak ajak saya bertunang" kata Dian dengan laju.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Storie d'amore(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...