Arina melangkah masuk ke dalam bangunan tempat dia bekerja. Dia masih lagi bekerja di syarikat milik Zarul dan dia juga kekal menjadi PA Zarul. Cumanya sekarang Raiz yang mengambil alih Syarikat ZAR'S itu.
Tetapi jarang sekali Raiz datang, selalunya mereka hanya membincangkan hal pekerjaan melalui video call paling tidak Arina yang akan pergi ke pejabat Raiz.
"Selamat pagi Rina" sapa Kak Haiza.
"Selamat pagi Kak Haiza" balas Arina dengan senyuman.
Kak Haiza merupakan salah seorang pekerja lama di syarikat ini. Kiranya orang lama lah katakan, selok belok dan urusan pejabat kebanyakan di ketuai oleh Kak Haiza.
"Rina macam mana? Okay ke?" Tanya Kak Haiza.
"Rina okay je kak, kenapa?" Tanya Arina pelik.
"Tak lah, selalunya bila Rina datang masam je muka, kenapa harini happy semacam je?" Tanya Kak Haiza.
Arina tergelak kecil sebelum membalas.
"Akak, hidup ni kena teruskan, cukuplah Rina dah bazirkan masa tujuh bulan untuk dapatkan diri Rina yang dulu, Rina rasa sekarang ni masa untuk Rina teruskan hidup tanpa dia" balas Arina dengan senyuman.
Iya dia telah bertekad untuk melepaskan segalanya. Bukan kerana dia sudah menyerah atau pun melupakan tetapi kerana dia terlalu sayang dan cinta.
"Baguslah macam tu Rina, akak doakan yang Rina bahagia ye" kata Kak Haiza.
Arina tersenyum nipis mendengar kata-kata Kak Haiza.
"Terima kasih kak" kata Arina. Serentak itu dia bergerak ke dalam bilik kerjanya. Meskipun dia hanya seorang personal assistant tetapi Zarul turut menyediakan bilik untuk dia bekerja.
Kata Zarul tak mahu pekerja lelaki mengorat Arina. Padahal pekerja lelaki di situ memang tidak berani bertegur sapa dengan Arina, risau kena bantai dengan bos mereka iaitu Zarul. Mana tak nya hari pertama Zarul mengenalkan Arina kepada pekerja yang lain Zarul terlebih dahulu memesan supaya tidak mengganggu atau mendekati Arina.
Mengingatkan hal itu Arina tersenyum nipis. Satu perangai Zarul yang dia suka adalah protective, selalu mengambil berat soal dia. Walaupun perangai gila-gila dia tak boleh dibuang tetapi perangai itulah yang membuatkan dia jatuh hati pada lelaki yang bernama Zarul Iskandar itu.
🦋
" Syeera, aku dah dapat kesan kedudukan Sir Aeden" kata pembantu Syeera.
"Seriously Hay? Sini tunjuk dekat aku" kata Syeera kepada pembantu peribadinya iaitu Hayyan Marquez.
Hayyan mendekati Syeera, dia menghulurkan iPad yang dia pegang kepada Syeera. Tanpa kata Syeera menyambut huluran tersebut. Dia menyilangkan kakinya sebelum dia tersenyum sinis.
"Huh? Dekat je rupanya" kata Syeera sendirian.
"Kau nak aku buat apa?" Tanya Hayyan.
"Perhatikan orang tua tu, apa-apa inform aku tak pun Dian"
"Baik"
"Oh ya, tentang pembelot syarikat arwah papa aku tu kau jangan lupa e-mail dekat Dian yang aku dah settlekan"
"Okay"
"Dah ah aku nak cau, nak pergi kacau Dian, mentang-mentang dah jadi bini orang adik kesayangan dia ditinggalkan menyedihkan" kata Syeera sambil mengesat air mata palsunya.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...