𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 53

5.3K 209 56
                                    

"Kak..." Tegur Syeera sebaik sahaja dia melihat Dian yang sedang merendamkan kaki ke dalam kolam renang. Dah pukul 10 malam. Tak sejuk ke?

Dian mengesat airmata yang mengalir sebelum dia tersenyum memandang ke arah Syeera.

"Are you okay?" Tanya Syeera.

"Ya, I'm okay" balas Dian perlahan.

Syeera turut duduk bersebelahan dengan Dian. Seluar yang dipakai disinsingkan ke atas sehingga naik ke betis. Kakinya juga direndamkan.

Tangannya naik memeluk bahu Dian.

"Kak, aku tahu kau tak okay, aku nampak semuanya. Kau jangan risau, aku dah bagi pengajaran dekat laki kau" kata Syeera untuk memujuk Dian.

Dian tergelak kecil. Ada-ada sahaja cara adiknya untuk menghiburkan hatinya.

"Kau tak nak tanya ke aku buat apa dekat laki kau?" Tanya Syeera.

Dian menggelengkan kepalanya. Malas nak ambil tahu. Lantaklah.

"Cantik kan bulan malam ni?" Kata Dian untuk mengubah topik.

Syeera memandang tepat ke arah bulan yang Dian tunjukkan.

"Cantik!" Balas Syeera.

"Kalau aku mengidam nak pergi bulan, agaknya boleh tak?" Gurau Dian.

"Gila kau kak, jangan nak merepek!" Balas Syeera. Mengidam nak pergi bulan? Huh! Ingat senang ke?

"Tak lah, gurau je" kata Dian.

Syeera tergelak.

"Okay lah, aku nak masuk dulu, sejuk" kata Dian. Dia bangun dan masuk ke dalam rumah. Baru sahaja dia ingin melangkah masuk kepalanya tiba-tiba rasa berat. Pandangannya semakin kabur. Sebelum keadaan menjadi gelap.

Perkataan terakhir yang dia dengar sebelum pengsan adalah. "Dian!"

🦋

Syeera tak senang duduk. Ke hulu ke hilir kakinya bergerak. Hayyan yang melihat itu naik pening.

"Ra, duduk lah dulu, laki dia releks je kau pula yang melebih" tegur Hayyan. Raiz elok je duduk dekat kerusi tu diam-diam.

"Huh! Aku tak akan duduk diam selagi tak dapat tahu keadaan kakak aku, kau ni sibuk ikut kenapa? Dan lagi satu laki dia tu bukan nya kisah sebab tu tenang je" sindir Syeera.

Raiz hanya diam. Tak mahu membalas. Dalam hati dia sungguh risau. Kalau jadi apa-apa pada Dian macam mana? Kalau apa-apa jadi pada anak dia macam mana?

"Aku saja nak jumpa kau, tapi tiba-tiba kau dah gerak keluar jadi aku follow je lah, tak tahu pula yang kau nak ke sini" terang Hayyan.

"Apa-apa je lah" balas Syeera.

Pintu bilik rawatan Dian dibuka dari dalam. Cepat-cepat Syeera bergerak ke arah doktor yang baru keluar. Dia kenal doktor tu. Kak Sha, doktor peribadi dia.

"Kak macam mana dengan Kak Dian?" Tanya Syeera.

"Dian okay, cumanya keadaan dia sangat lemah, kan akak dah pesan hari tu, jangan bagi dia stress" balas Kak Sha. Sempat dia memberi nasihat.

"Baby? Macam mana dengan baby?" Tanya Syeera lagi.

"Alhamdulillah, baby pun okay, cumanya lemah... Mujur cepat bawa ke sini, kalau tidak akak tak tahulah nak cakap macam mana..."

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now