Bunyi musik yang kuat membingitkan telinga. Tetapi tidak bagi Danial, musik itu hanya dianggap sebagai alunan yang merdu. Air kencing setan yang sudah ke berapa botol dia teguk.
Perempuan yang ada berada di kiri dan kananya tidak dipedulikan.
"Danial, apahal kau ni? dah berapa banyak kau minum?" tanya kawan kepada Danial. Sempat dia memberitahu agar perempuan yang berada dikeliling Danial itu pergi. Apa nak jadi dengan kawan dia ni.
"Lek ah, kau chill...jom enjoy Shah" kata Danial dengan keadaan yang mabuk. Gila kau tak mabuk, minum sampai dah tak ada hari esok.
"Kau asal ni? kalau Husna tengok kau macam ni, mesti dia tak suka bro" kata Shah.
"Husna? Dia bukan tak suka, dia dah benci aku pun" kata Danial.
"Maksud kau?''
"Dia dah tahu aku siapa, bodoh kan aku, aku tak layak ke untuk dia?" tanya Danial. Mabuk-mabuk pun boleh ingat.
"Macam mana dia boleh tahu, kau bagi tahu dia ke?"Bukan boleh percaya, kot-kotlah Danial ni mabuk then Husna nampak.
"Aku tak gila lagi lah nak bagi tahu benda buruk pasal aku dekat dia" balas Danial. Sempat lagi dia meneguk air dihadapannya. Baru sahaja dia ingin meneguk buat kali kedua, gelasnya dirampas oleh Shah.
"Dah Danial, nanti kau pengsan siapa nak hantar kau balik? dah lah hari ni aku naik motor je, kau jangan sampai kantoi, lecturer kau semua nya tinggal dekat kawasan ni" kata Shah risau.
"Arh, lantak lah, aku tak nak balik, biar je aku dekat sini, sekali lagi kau suruh aku berhenti, memang kau aku sepak" balas Danial. Sibuk! Aku nak tenangkan diri dekat sini pun susah.
🦋
Sudah seminggu lebih hubungan persahabatan Husna dan Danial terputus. Kini Raiz lah yang menjadi tempat luahan isi hati Husna. Kadangkala ada juga dia rasa rindu. Rindu untuk berbual dengan Danial.
Husna sekadar menyedapkan hatinya bahawa Danial ada masalah sebab tu tak datang ke kampus.
Lepas dari kejadian hari tu terus dia tidak nampak Danial. Terbit rasa bersalah dalam dirinya kerana mengutuk dan memalukan Danial di hadapan orang ramai.
"Hai!" Panggil Raiz.
"Hai!" Balas Husna.
"Kau kenapa? Macam moody je hari ni?" Kata Raiz.
"Tak de apa lah cuma penat sikit je, assignment banyak lecturer bagi, sudahlah cuti 2 minggu je" bohong Husna. Tak kan dia nak cakap dekat Raiz yang dia tengah fikirkan Danial.
Raiz hanya menganggukkan kepalanya. "Oh ya, Husna... Aku rasa kan hujung minggu ni jom pergi rumah aku, jumpa mummy aku nak tak?" Tanya Raiz.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...