𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 |39

4.2K 195 97
                                    

"Test mic 1,2,3" kata Ashraf.

"Baiklah, assalamualaikum dan selamat malam kepada semua yang sudi hadir pada majlis perkahwinan abang saya yang tersayang iaitu Raiz Ashrif dan kakak ipar saya yang cantik lagi menawan iaitu Dian Maisara" Kata Ashraf, dia ditugaskan oleh Raiz untuk menjadi pengacara bagi majlis perkhawinannya begitu juga dengan Carl .

"Kami adalah pengacara untuk majlis hari ini, saya Carl dan ini Ashraf, tapa melengahkan masa, kami menjemput kedua mempelai untuk masuk kedalam dewan yang serba indah ini, dipersilakan"

Serentak itu pintu dewan dibuka oleh penjaga pintu. Dian dan Raiz masuk ke dalam dengan senyuman dibibir.

Dian memeluk erat lengan Raiz. Manakala Arina dan Danny berada dibelakang Dian dan Raiz. Tidak lupa juga beberapa orang bridesmaid termasuk Dhia yang berada dibelakang Dian Dan Raiz. Bunyi iringan muzik yang lembut dan merdu juga dipasang untuk menaikkan seri majlis.

Disebabkan baju kahwin Dian yang terlalu meleret Arina menolong Dian untuk memegang hujung baju tersebut untuk mengelakkan Dian terjatuh dek pijak baju sendiri.

Akhirnya Dian dan Raiz duduk diatas pelamin yang indah. Dian berasa teruja dengan keindahan dan suasana dewan ini, sungguh cantik. Dian memandang Raiz dan Raiz memandang Dian,mereka menatap wajah masing-masing sambil tersenyum.

"Macamana kak ipar? Lawa tak majlis kita pada malam ini?" Tanya Ashraf.

Dian memandang Ashraf sambil tersenyum. Dian menganggukkan kepalanya tanda cantik.

Ashraf menayangkan muka bangganya. Tak sia-sia aku habiskan duit lebih RM 10 000 untuk majlis ni. Bagi nya RM 10 000 itu hanyalah sekadar RM 100. Kaya? Mestilah pemilik hotel terkenal di Malaysia.

"Tanpa berlengah mari kita teruskan majlis ini dengan sesi merenjis air mawar, dipersilakan keluarga belah pengantin perempuan, dan selepas itu diikuti keluarga belah kami iaitu pengantin lelaki" kata Carl.

Dari tadi Carl asyik memerhati Dhia yang sedang bergelak ketawa dengan sepupu perempuannya. Apabila Dhia memandangnya terus Carl mengalihkan wajah ke tempat lain. Malu tapi mahu! Tau dek Pak Su memang habis Carl kena marah, sudahlah Dhia itu baru berumur 18 tahun, nak dipadankan dengan Carl yang berumur 26 tahun. Walaupun jarak umur tidak terlalu jauh tetapi bagi pak su biarlah anaknya menghabiskan waktu untuk belajar dan mempunyai kerjaya terlebih dahulu.

Setelah selesai sahaja acara merenjis air mawar tiba-tiba lampu di dewan itu terpadam. Keadaan menjadi gelap gelita, masing-masing membuka lampu telefon pintar. Dian terus meraba-raba mencari Raiz tetapi Raiz tiada disisinya.

Tak lama selepas itu cahaya berwarna putih terpancar di bahagian sebelah kanan pentas. Semua mata mengalih memandang kawasan itu. Terdapat sebuah piano dan seorang lelaki yang duduk di kawasan itu. Dian mengecilkan matanya untuk melihat siapa lelaki itu.

"Assalamualaikum semua, maaf atas gangguan tadi" kata Raiz.

Tetamu yang lain hanya tersenyum. Berani nak bunyi memang kena halau lah dengan Raiz.

"Honey!" Jerit Raiz sambil melambaikan tangannya pada Dian. Dia tergelak kecil melihat Dian yang cuba untuk menyorokkan mukanya.

"Rina, tolong cover muka aku" pinta Dian sambil menarik kipas tangan yang dipegang Arina.

Arina hanya menggeleng kepala.

"Honey, abang tahu suara abang tak sedap, tapi abang nak nyanyi jugak" kata Raiz.

Dan disambut dengan tawa orang ramai. Para tetamu tersenyum sendirian. Dan ada juga yang tercengang lebih-lebih lagi pekerja Raiz. Tak pernah-pernah bos mereka berperangai seperti ini.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now