Zarul mengerutkan dahinya. Aku yang kena langgar apasal perempuan ni yang nangis?
Eh melampau! Tiada siapa yang pernah usap pipi gebu aku!
Tangan perempuan dihadapannya ditepis kuat.
"Kau apahal?" Soal Zarul.
"A-awak..." Kata Arina. Dia terkejut dengan tindakan Zarul. Dia tahu ianya haram kerana mereka bukan mahram tapi disebabkan dia terlalu terkejut dia lakukan perkara itu.
"Rina" panggil Danny. Dia masih tidak sedar akan kewujudan Zarul disitu.
"Danny hiks" kata Arina. Hingus yang meleleh disedut semula. Pengotor!
"Zarul..." Kata Arina lagi sambil menunjuk ke arah lelaki yang dia langgar tadi.
Danny terus memandang. Dia juga terkejut. Ini Zarul ke hantu Zarul?
"Zarul? Kau ke ni?" Tanya Danny. Sumpah dia tak percaya yang Zarul masih hidup.
"Yes, aku Zarul, kau apahal Danny?" Tanya Zarul. Apa kena dengan kawan dia sorang ni?
"B-bukan kau dah tak de?" Tanya Danny gagap.
"Nanti aku cerita, by the way ni siapa? Girlfriend kau eh?" Tanya Zarul.
Danny terkedu dengan pertanyaan Zarul.
"Kau tak kenal ke ni siapa?" Tanya Danny kembali.
"Entah aku tak tahu, mungkin ya mungkin tidak, aku hilang separuh dari ingatan aku sebenarnya. Ada yang aku boleh ingat dan lainnya hanya samar-samar" terang Zarul. Jujur dia cakap, dia hanya dapat mengingati perkara yang penting sahaja.
"A-awak tak kenal saya?" Tanya Arina. Tak mungkin! Kenapa dia boleh ingat Danny tapi dia tak ingat aku.
"Tak, kau ni siapa?" Tanya Zarul lagi. Apa yang susah sangat dia orang nak jawab ni?
Baru sahaja Arina ingin menjawab seseorang telah mencelah.
"Hi! Abang kenapa tinggal Dayah...." Kata Hidayah meleret. Tudung bawal yang dia pakai dibetulkan sedikit. Nak nampak lebih cantik dari perempuan yang bercakap dengan abang Zarul.
"Siapa ni?" Tanya Hidayah lagi.
"Ni kawan abang, Danny.... and ni siapa Danny?"
"Arina, nama saya Arina kawan Danny" balas Arina bagi pihak Danny. Dia sedaya upaya menahan gugup. Sungguh dia rasa cemburu dengan gadis yang berada disebelah Zarul.
Cantik! Sopan dan ayu, persis bidadari.
"Oh hi! Saya Hidayah boleh panggil Dayah, saya tunang abang Zarul" kata Hidayah selamba.
Arina merasakan dirinya bagai dihempap batu besar. Hatinya bagai dihiris dengan pisau. Sakitnya perasaan ni.
Bila orang yang kau cinta dah bertunang dengan orang lain.
Arina sekadar menayangkan senyuman hambar. Sedar Rina dia dah jadi milik orang lain, dia dah tak ingat kau, tak guna kau menagih simpati dengan dia.
"Congrats" kata Arina. Dia melangkah meninggalkan. Zarul, Danny dan Hidayah.
"Bro, aku gerak dulu eh pape kau roger, nanti aku inform Iz dan yang lain untuk tahu pasal kau" kata Danny.
Zarul menganggukkan kepala tanda setuju.
Laju Danny mengejar langkah Arina. Dia tahu Arina kecewa.
"Rina!!" Jeritnya. Tetapi ianya hanya sia-sia. Arina dah maju kedepan tanpa menoleh. Dia terlalu sedih.
YOU ARE READING
C | DIAN MAISARA
Romance(karya pertama by Atieiza) "Awak janji yang takkan tinggalkan saya macam mana dia orang tinggalkan saya" - Dian Maisara "Aku tak janji yang aku akan selamanya ada dengan kau,tapi aku janji aku akan jaga kau selagi aku hidup" - Raiz Ashrif . . . . . ...