𝐃𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐢𝐬𝐚𝐫𝐚 | 29

3.9K 197 5
                                    

Pagi-pagi lagi Dian dan Arina sudah berada di dapur untuk menolong Tok Wan dan Puan Kalsum menyediakan sarapan pagi. Manakala Raiz, Danny, Ashraf dan Carl sudah keluar tak tahu ke mana. Kata Ashraf mereka hendak ke pantai, maklumlah kawasan perumahan Tok Wan itu hanya berjarak 4 km dari pantai jalan kaki pun sudah sampai.

"Dian, sini tolong mummy goreng ikan bilis, kacang tu pun goreng sekali" arah Puan Kalsum tangannya ligat mengacau sambal. Menu sarapan pagi mereka hari ini ialah nasi lemak dan sambal sotong.

"Baik,mummy, Rina kau habiskan potong timun ni, jangan besar sangat tercekik pula orang makan nanti" sempat Dian berpesan kepada Arina. Bukan dia tak tahu perangai sambil lewa Arina, buat kerja tapi tak serius.

"Ye,aku tahu, dah pergi goreng ikan bilis tu,rangup-rangup sikit, baru sedap" pesan Arina.

Sejurus itu Dian bergerak ke dapur gas, kuali diambil dan dituangkan minyak ke dalam kuali. Dengan pantas api dapur di buka. Ikan bilis yang telah di basuh dan dikopek itu dimasukkan dengan perlahan. Tudung bawal dikepala nya diselak kan sedikit ke belakang, risau tudung itu terkena api dapur gas. Memandangkan para lelaki tiada boleh lah dia buat begitu.

Selesai sahaja menggoreng ikan bilis, dia mengambil kacang dan menggoreng kacang pula. Kacang tanah ye, bukan kacang hijau!

Nasi lemak akhirnya siap terhidang. Serentak itu bunyi kereta dari arah luar menarik minat Dian. Mungkin Raiz dan yang lain sudah balik.

"Assalamualaikum!" Jerit suara itu. Suara macam perempuan tak kan lah Raiz dan yang lain kena sumpah dengan hantu pantai jadi perempuan.

"Dian, pergi tengok siapa tu" arah Tok Wan. Dian menganggukkan kepalanya, tudung yang terselak tadi dikemaskan.

"Rina ikut Dian" kata Arina lalu memaut lengan Dian.

"Waalaikumussalam" balas Dian dan Arina serentak. Dian menelan air liur pahit. Awal nya saudara mara dia sampai. Mujurlah nasi lemak yang dia buat bersama Tok Wan,Puan Kalsum dan Arina banyak.

"Akak!" Jerit seorang budak? Umur dah 18 bukan budak lagi!

"Dhia!" Balas Dian. Dah besar rupanya adik sedara dia yang comel tu, yang tak adilnya tinggi mereka sama.

"Hai akak!" Sapa Dhia kepada Arina.

"Hi!" Balas Arina ceria.

"Akak ni siapa? Kawan kak Dian ke?" Tanya Dhia.

"Haah, ni kawan kak Dian, nama dia Arina,Arina ni Dhia adik sedara aku" kata Dian.

Terlompat lompat si kecil yang dari tadi ingin memanggil kakaknya.

"Kakak! Sampai hati tinggal Mikha" ujar si kecil itu.

"Eh, lupa lah, siapa suruh adik kecik sangat!" Usik Dhia. Mikhail adik Dhia yang berumur lima tahun.

"Hai kakak cantik, akak ni siapa?" Tanya Mikha dengan petah. Dian tunduk mencubit pipi Mikha. Comel!

"Dian, nama akak Dian, adik nama apa?" Tanya Dian. Mikha tertunduk malu, kakak cantik cubit pipi kita lah! Malu kita.

"Mikha, nama kita Mikha" kata Mikhail dengan malu-malu kucing.

Dhia tergelak dengan lagak adiknya. Pantang nampak perempuan cantik keluar perangai mengadanya.

"Kakak ni pulak siapa nama?" Tanya Mikhail merujuk kepada Arina yang dari tadi hanya tercegat seperti tiang. Tapi bibirnya tidak lekang dari senyuman.

"Hai, nama akak Arina!" Balas Arina ceria.

"Oo, best lah ada kakak-kakak cantik ni, tak ada lah Mikha bosan nanti, selalunya ada kakak sihir tu je, menyampah Mikha dengan dia dah lah tak cantik!" Kutuk Mikha sesuka hati.

C | DIAN MAISARAWhere stories live. Discover now