Fisa dan Iris berlari mendapatkan Afif yang saat itu bersama Thunder. Mereka berulang-ulang memanggil nama Afif.
"Afif!"
"Afif!"
Serentak Thunder menoleh. Mereka pelik melihat kedua gadis yang sedang tercungap-cungap itu.
"Afif, kau kena ikut kitorang!" Fisa terus saja menarik tangan Afif.
Afif keraskan tubuhnya.
"Kenapa ni?" Soal Afif.
"Tak ada masa nak explain, Afif. Kau kena ikut kitorang." Iris pula yang menarik tangan Afif.
Afif masih tidak mahu berganjak. Yang lain hanya memandang pelik. Apa yang tengah berlaku ni?
"Aku takkan ikut korang kalau korang tak nak bagitahu aku."
Tangan kedua-dua gadis itu ditepis oleh Afif. Mereka menjauh sedikit.
"Qeera dekat rooftop. Dia kata dia akan terjun kalau kau tak jumpa dia." Ujar Fisa.
"Hah?"
Bukan setakat Afif yang terkejut, Thunder juga ikut terkejut.
"Kau kena cepat, Afif. Aku tak nak dia buat kerja gila." Ujar Iris pula.
"Asal korang tak panggil cikgu je?"
Iris menggeleng.
"Qeera tak kasi aku bagitahu cikgu. Kalau kitorang bagitahu cikgu, dia akan terjun. Dia cuma nak jumpa kau, Afif. Dia nak kau ada dengan dia."
Afif melepas nafas perlahan.
"She's really getting on my nerves!"
Selepas mengucapkan kata-kata itu, Afif berlari dari situ diikuti oleh Fisa dan Iris. Thunder juga ikut berlari di belakang mereka. Para pelajar yang lain hanya melihat pelik.
Sampai di rooftop, Afif nampak Qeera yang sedang berdiri di atas tembok. Dia menggeleng-geleng.
Apa yang ada dalam kepala otak kau tu hah? Sampai nak bunuh diri bagai?
"Qeera!"
Qeera menoleh.
"Kau turun sekarang!"
Qeera geleng.
"Kau cakap kau nak aku ada dengan kau kan? Sekarang, aku ada kat sini. Turun la!"
Qeera geleng lagi.
"Aku takkan turun selagi kau tak terima aku." Ucap Qeera.
"Kau expect apa daripada aku hah? Kau jangan ugut aku macam ni boleh tak? Berbaloi ke kau pertaruhkan nyawa kau untuk aku?"
Qeera tersenyum nipis.
"Aku lagi rela mati daripada aku tak dapat kau, Afif. Aku nak kau, kau faham tak?"
"Kau tu yang tak faham, Qeera. Aku dah cakap kan, aku tak boleh nak terima kau. Tolong la faham!"
"Okey. Kalau macam tu, kau pergi la. Biarkan aku terjun dari sini."
Afif melihat ke bawah. Tinggi weh!
"Kau jangan nekad la, Qeera."
"Jangan kisahkan aku. Kalau aku mati pun, kau takkan rugi apa-apa kan?"
"Ya, memang aku tak rugi. Tapi, kau tu. Hidup kau akan jadi sia-sia kalau kau terjun sekarang. Jangan jadi bodoh la, Qeera." Afif geram.
Dalam masa yang sama, dia takut kalau Qeera benar-benar nekad untuk terjun dari bangunan itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Riverhawks High School
Teen FictionMikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster. Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai...