Two

513 7 1
                                    

Mikayla datang awal ke sekolah pada hari keduanya. Tak tahu la kenapa dia semangay sangat. Nak jumpa si ketua pelajar la tu. Aip! Tak ea? -mika-

"Morning!" Mikayla menegur lelaki yang memberitahunya tentang tempat duduk semalam. Awalnya sampai. Aku ingat aku yang paling awal.

Lelaki itu angguk.

"Morning!" Balasnya.

Mikayla duduk di tempatnya. Kenapa dengan dia ek? Dia memang suka bersendiri ke? Macam nak tanya nama tapi, segan la pulak. Ah, tanya jelah!

Baru saja Mikayla hendak bertanya, dia lihat lelaki itu sudah tidak ada di tempatnya. Eh, mana pergi? Hilang dah? Cepatnya hilang. Siapa dia sebenarnya ea? Uish, misterinya!

"Oi!"

Mikayla terkejut.

"Ikhwan!" Marahnya.

"Eh, kenapa?" Ikhwan pelik.

Tiba nak marah pulak.

"Terkejut la. Bagi la salam dulu ke apa ke." Ujar Mikayla.

"Ya, assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Ikhwan duduk di tempatnya.

"Kau kenapa? Pagi-pagi dah menung."

"Tak ada la, mana ada aku menung. Aku tengah fikir."

"Fikir pasal apa?"

Mikayla sekadar mengangkat bahu. Ikhwan juga tak membalas. Dia bangun semula selepas meletakkan begnya.

"Eh, kau nak pergi mana?" Soal Mika.

"Keluar la, awal lagi ni. Kenapa?"

"Tak ada apa."

"Asal? Takut duduk seorang-seorang?"

Mikayla geleng.

"Mana ada. Dah la, keluar."

Ikhwan hanya tersenyum sebelum berlalu keluar dari kelas. Mikayla kembali terfikir tentang lelaki tadi. Takkan nak tanya Fie lagi? Nanti dia fikir aku suka kat mamat tu pulak. Ah, asal pulak aku nak kena fikir pasal lelaki tu?

Tanpa memeningkan kepala, Mikayla keluar dari kelas. Kelas mula lambat lagi. Baik la keluar ambil angin ke apa.

Sedang Mikayla berjalan-jalan, dia terpandang ke taman di mana dia melihat Afif dan Thunder berada di situ termasuk la Ikhwan dan... Eh? Lelaki tu? Lelaki tu pun geng Thunder ke? Yelah kut. Kalau tak, takkan la dia ada kat sana jugak kan? Dia pun termasuk dalam budak top sekolah tapi kenapa dia macam pendiam ek?

Mikayla terkejut bila sekali lagi dia disergah dari belakang. Afieya tertawa.

"Fie, kau ni. Jangan la sergah aku macam tu. Tak suka la."

"Ala, relaks la. Eh, awalnya kau sampai? Kenapa?"

"Saja je." Jawab Mikayla sambil mata nya masih fokus pada Thunder.

Afieya yang pelik turut melihat ke arah yang sama. Oh, Thunder ke?

"Asal kau ni?" Soal Afieya.

Mikayla kembali memandang Afieya.

"Kenapa?"

"Kau tu kenapa?"

Mikayla mengerutkan dahinya.

"Aku buat apa?"

"Yang kau tengok ke sana tu kenapa? Sah la kau memang dah syok kat Afif kan? Tak nak mengaku konon."

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang