Perkhemahan tiga hari dua malam mereka tamat pada hari itu. Masing- masing sibuk mengemas beg, bersiap- siap untuk pulang.
"Balik ni korang ikut siapa yang dekat dengan rumah korang ea?" Cadang Faiq.
"Maksudnya?" Soal Fisa.
"Maksudnya, kalau rumah kau dekat dengan rumah Ariq ke Afif, kau naik la diorang. Tapi kalau rumah kau dekat dengan rumah Shamim atau Zaqif, kau naik diorang. Faham?"
Mereka mengangguk-angguk.
"So, memandangkan rumah aku dekat dengan rumah Zaqif. Qif, aku naik kau la maksudnya?" Soal Ikhwan.
"Yelah. Dah tu?" Balas Zaqif.
Ikhwan hanya tersengih.
"Mika, kau naik dengan Afif. Rumah kau dekat dengan rumah Afif kan?" Ujar Ariq.
"Tak nak. Aku nak naik dengan kau!"
Semua tertoleh ke arah Mikayla bila gadis itu menolak termasuk la Afif. Dia bengang.
"Kalau rasa nak balik, jangan banyak cakap. Ikut je. Kalau tak, tinggal!" Ucap Afif sebelum berlalu dari situ. Suaranya jelas dia sedang menahan marah.
Separuh sudah mengekori Afif berlalu dari situ. Hanya tinggal Ariq, Shamim, Afieya dan Faiq saja di situ.
"Apa masalah kau ni hah? Kenapa kau tak suka sangat dengan Afif? Afif buat apa kat kau?" Soal Ariq.
"Tak ada apa. Aku cuma tak nak naik dengan Afif. Ariq, boleh la. Hantar aku balik!"
"Tak ada, tak ada. Rumah aku jauh la dari rumah kau. Aku nak hantar budak-budak ni lagi."
Mikayla memandang Shamim pula. Cuba meminta simpati.
"Apa?" Soal Shamim.
"Shamim, aku naik kau boleh?"
"Eh, rumah aku lagi la jauh dari rumah kau. Kau naik jelah Afif. Apa masalahnya? Pasal ada Naz? Qeera? Naz kena naik dengan aku la. Qeera pulak naik dengan Zaqif."
Mikayla terdiam. Bukan pasal diorang pun tapi aku memang tak nak naik dengan Afif.
"Hm, okey la!"
"Dah, jom la. Kau ni suka la buat Afif bising!" Ujar Faiq.
Mereka mula bergerak meninggalkan kawasan perkhemahan itu. Hanya dalam masa dua jam saja, mereka tiba di ibu kota. Empat kereta mula berpisah ke arah masing-masing.
Afif sengaja menghantar Faiq dan Iris terlebih dahulu. Setelah Faiq turun, dia menyuruh Mikayla duduk di sisi nya. Mulanya gadis itu tidak mahu tapi terpaksa akur juga.
"Afif, kita nak pergi mana ni? Ini bukan jalan nak pergi rumah saya."
"Memang bukan pun. Saya nak cakap dengan awak kejap."
"Awak nak cakap apa lagi? Kita dah tak ada apa-apa nak dicakapkan kan?"
"Siapa kata?"
Mikayla diam. Afif juga diam hingga la Afif memberhentikan keretanya di sebuah taman.
"Keluar jom?" Ajak Afif.
"Cakap kat sini jelah. Cepat sikit, saya nak balik!"
Afif melepas keluhan kasar sambil bersandar di kerusi.
"Kenapa dengan awak ni? Awak marah saya ke apa? Awak marah saya larang awak berkawan dengan mamat tu? Ke sebab Naz?"
"Tak ada kena mengena dengan diorang la!"
"Dah tu?"
"Afif, awak nak cakap apa sebenarnya ni? Cakap sekarang lepas tu tolong hantar saya balik!"
KAMU SEDANG MEMBACA
Riverhawks High School
Teen FictionMikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster. Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai...