Twenty

513 6 0
                                    

Ariq menyangkut tali beg sekolahnya di sebelah bahu kanan sebelum menutup pintu kereta. Dia berjalan ke pintu utama rumahnya lalu melangkah masuk.

Orang kata, rumah itu ibarat syurga. Tetapi bagi Ariq, rumah itu ibarat neraka dunia. Tak tahu kenapa, setiap kali dia mahu pulang ke rumah itu hatinya terasa berat dan malas.

"Lambat lagi balik hari ni? Pergi mana?"

Ariq menoleh dengan malas ke arah suara yang menegur. Siapa lagi kalau bukan Puan Sara, mamanya?

"Mama peduli apa pun mana Ariq pergi kan?"

"Ariq, mama tanya baik-baik ni. Cuba jawab baik-baik jugak!"

Ariq lepas nafas perlahan.

"Keluar dengan kawan tadi!"

"Selalu sangat keluar. Tak boleh ke kalau balik sekolah je terus balik rumah?"

Ariq tersenyum nipis.

"Balik rumah? Mama nak Ariq buat apa balik rumah awal-awal? Nak Ariq mengadap dinding? Bercakap dengan sofa? Meja?"

"Ariq!"

"Ma, stop it la. Jangan ambil kisah dah pasal Ariq lagi. Buat macam yang mama selalu buat dulu. Mama bukan nya selalu ada kat rumah. Ariq dah biasa la hidup tak ada mama, tak ada papa. Ariq ada mama pun, still Ariq rasa Ariq hidup seorang-seorang!"

"Jadi, sekarang ni Ariq nak salahkan mama la atas apa yang dah jadi pada keluarga kita?"

"Habis tu, nak salahkan siapa lagi? Papa? Ariq?"

Puan Sara terdiam.

"Kalau mama tak curang, papa takkan ceraikan mama dan Ariq takkan hidup macam ni la!"

Puan Sara masih tidak mampu untuk berkata-kata.

"Sekarang ni, papa dah bahagia dengan keluarga baru dia. Ariq? Mama tengok la apa yang dah jadi pada Ariq. Papa langsung dah tak pedulikan Ariq, ma. Itu semua sebab siapa? Sebab mama!"

"Ya, Ariq. Memang salah mama. Now, Ariq pun nak tinggalkan mama ke? Ariq nak pergi kat papa Ariq? Hah, pergi la. Pergi, biar mama seorang- seorang je!"

"Lepas papa dah lupakan Ariq baru mama nak cakap macam ni? Apa gunanya lagi? Hakikatnya, memang mama seorang-seorang, ma. Ariq ada dalam rumah ni pun mana pernah mama ambil kisah pasal Ariq. Ariq sakit ke, Ariq dah makan ke, ada mama tanya ke? Mama buat rumah ni macam hotel je. Keluar masuk sesuka hati mama!"

Puan Sara kembali terdiam. Mungkin sudah lama anaknya itu memendam rasa. Hari ini, terluah semua apa yang terbuku di hati anak itu.

"Ikutkan hati Ariq ni, dah lama Ariq keluar dari rumah ni. Tapi, Ariq masih ingat pesan arwah atuk. Arwah atuk cakap, mama cuma ada Ariq. Sebab tu Ariq cuba untuk bertahan. Tapi, makin lama mama makin tak pedulikan Ariq. Mama masih sibuk dengan social life mama. Mama nak Ariq buat apa lagi, ma?"

Puan Sara terkedu bila melihat air mata anaknya yang mengalir itu.

"Kalau mama terus hidup dengan cara macam ni, mama jangan tanya kenapa kalau Ariq betul-betul keluar dari rumah ni!"

Ariq mencampak beg sekolahnya ke sofa sebelum dia keluar semula dari rumahnya yang mula terasa bahang.

"Ariq!"

Puan Sara mati kata bila kereta anak nya sudah meluncur keluar dari perkarangan rumah.

                     ********

Ariq berdiri di tepi tasik. Diambil batu kecil yang berada di tanah lalu di lempar ke tasik. Fikirannya kacau. Semua yang dia pendam selama ini sudah terluah di depan mamanya. Dia puas tapi entah kenapa dia rasa bersalah pada masa yang sama.

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang