Eight

447 6 2
                                    

Aimi menunggu di luar sekolah abang nya. Dia asyik melihat jam di tangan kirinya bila abangnya masih juga tidak kelihatan.

"Hish, mana abang ni? Orang lain semua dah keluar. Dia tak keluar- keluar lagi." Aimi kula membebel seorang diri.

Sedang dia asyik melayan perasaan, dia ternampak kelibat abangnya yang sedang berjalan keluar dari sekolah bersama seorang gadis manis.

"Abang!" Pantas dipanggil abangnya.

Afif dan Mikayla menoleh ke arah Aimi serentak. Afif pelik melihat adik nya itu.

"Kenapa datang sekolah abang?" Soal Afif yang sudah mendekat bersama Mikayla.

"Siapa ni, abang? Girlfriend baru abang ea? Cantik!" Ujar Aimi tanpa menjawab soalan abangnya.

Afif pandang Mikayla.

"Tak la. Ini kawan abang, Mika. Mika, ini la adik saya yang awak cakap comel tu. Aimi nama dia."

Mikayla tersenyum nipis. Kawan ya? Hm, Afif cuma anggap aku kawan je.

"Akak kenal Aimi? Macam mana akak kenal Aimi?" Soal Aimi teruja.

"Akak tengok ig Aimi."

"Oh... Ni mesti akak stalk abang kan? Lepas tu, terjumpa ig Aimi."

Mikayla terkaku. Alahai... Straight gila budak ni! Mikayla hanya tersenyum.

"Eh, soalan abang tadi tak jawab lagi. Asal datang sini?"

"Kita pergi makan jom, abang? Adik lapar la."

Afif kerut dahi.

"Kenapa tak terus balik je? Umi mesti dah masak kan?"

"Umi tak ada, umi pergi persatuan. Umi call adik tadi suruh pergi sekolah abang lepas tu ajak abang cari makan kat luar."

"Kenapa umi tak call abang je? Boleh abang terus ambil adik kat sekolah."

"Umi dah call la, abang tu yang off phone." Balas Aimi.

Afif baru teringat. Memang dia akan tutup telefonnya bila berada di kelas. Dia lupa untuk menghidupkan semula selepas kelas tadi.

"Jom la, abang. Adik lapar ni."

Afif menoleh ke arah Mikayla yang sedari tadi membisu.

"Mika, kita pergi makan dulu boleh? Lepas tu, saya hantar awak balik."

"Eh, tak apa la. Susahkan awak je, saya boleh panggil grab."

"Akak, jom la sekali."

Mikayla memandang Aimi. Serba salah pula dia.

"Tak apa la, Aimi. Lain kali jelah!"

"Ala, akak tak sudi ke makan dengan Aimi?" Gadis itu mulai merajuk.

Alahai... Baru kenal tak sampai lima belas minit, dah merajuk pulak adik lelaki yang dia suka itu.

"Okey la, akak call mama akak dulu?"

Aimi mengangguk sambil tersenyum. Mikayla menarik keluar telefonnya lalu menekan nombor mamanya. Setelah beberapa minit, dia kembali menyimpan telefon itu.

"Macam mana? Mama akak bagi?" Soal Aimi yang teruja lain macam.

Mikayla angguk.

"So, let's go!"

Aimi pantas memeluk lengan Mikayla dan berlalu dari situ. Lagaknya seperti mereka sudah kenal bertahun. Afif hanya menggelengkan kepalanya. Ni adik aku ke monyet ni?

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang