Nineteen

357 5 3
                                    

Afif duduk di gazebo bila dipaksa oleh Naz untuk datang ke situ. Naz senyum memandang lelaki itu.

"Kau nak cakap apa? Aku tak boleh lama ni!"

Mati senyuman Naz.

"You ni kan. Dengan I je tak ada masa. Dengan perempuan tu ada masa pulak!"

Bengang wajah Afif memandang Naz.

"Perempuan mana?"

"You ingat I tak tahu ke you tengah rapat dengan siapa sekarang? Dengan Mika kan?"

"So? Apa kaitan dengan kau?"

"Memang ada kaitan. You tu, I punya. Mana boleh you rapat dengan dia."

Tergelak Afif mendengar kata-kata Naz itu. Tapi, sinis sekali bunyinya.

"Kau ni tengah mimpi lagi ke apa? Eh, dah la. Aku malas la nak layan kau!"

"Afif, I tak habis cakap lagi dengan you. Duduk, you jangan pergi mana-mana!"

Afif lepas keluhan sebelum kembali duduk. Bukan nak ikut cakap Naz tapi, malas nak gaduh.

"Apa lagi?"

"Kita get back, Afif!"

"What? No way!"

"But, why? Afif, look. I dah balik dan I janji I takkan tinggalkan you lagi. Kali ni, I betul-betul, Afif. Please, trust me. Kita get back ya?"

Afif tersenyum sinis.

Janji? Janji dia yang dah masuk tong sampah tu macam mana pulak? Ada hati nak buat janji baru!

"Naz, dengar ea? Hadam apa aku nak cakap ni. Yes, memang dulu aku pernah suka kau, sayang kau tapi, sekarang ni perasaan tu dah tak ada. Jangan paksa aku untuk balik pada kau sebab aku takkan buat macam tu!"

"Afif, I masih sayangkan you. Tolong la jangan buat I macam ni."

"Itu bukan masalah aku!"

Afif berdiri dan bersedia untuk berlalu.

"Afif, you tak kesian kat I ke? Please, I merayu kat you ni. Terima I balik?"

Afif berhenti lalu kembali menoleh ke arah Naz.

"Dulu masa kau pergi, ada kau kesian kat aku? Aku merayu kat kau jangan pergi, kau dengar cakap aku ke?"

Naz terdiam. Afif nak balas dendam.

"So, you nak balas dendam la sekarang ni?"

"Ini bukan balas dendam tapi, aku nak kau rasa apa yang aku rasa!"

Selepas mengucapkan kata-kata itu, gadis itu ditinggalkan. Naz menahan geram. Tangannya digenggam kuat.

                    ***********

Masuk saja dalam bilik, segala barang nya dicampak oleh Naz. Peralatan di atas meja solek juga dibuangnya ke bawah. Botol minyak wangi dilempar ke cermin hingga keduanya berderai.

"Naz! Ya Allah!"

Muncul Puan Sri Zarina di muka pintu bilik anaknya. Tubuh Naz yang sedang memeluk lutut di sudut bilik itu didekati. Sekeliling bilik diperhati. Habis bersepah satu bilik.

"Naz, what happened? Tell me!"

"Mom, I nak Afif balik!"

Terkejut Puan Sri Zarina mendengar permintaan anaknya itu.

"Naz, you cakap apa ni? Dulu bukan ke you yang tinggalkan Afif? Kenapa nak dia balik pulak ni?"

"Mommy, please. I nak Afif balik. You tolong la cakap dengan Auntie Safi. I nak Afif, mommy!"

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang