Nine

445 6 4
                                    

Semasa perhimpunan rasmi pada pagi Isnin itu, Qeera tidak semena- mena rebah. Tidak tahu apa punca nya. Suasana di dewan itu sudah sedikit riuh.

Afif disuruh turun dari atas pentas untuk melihat keadaan Qeera. Afif hanya mampu menurut. Ikutkan hati nya, biar la perempuan tu kojol kat situ pun, ada aku kisah?

"Kenapa ni, Iris?" Soal Afif.

"Tak tahu, tadi dia okey je. Tiba-tiba je pulak dia boleh rebah macam ni." Jawab Iris.

Kau dah tertipu, Afif. Satu sekolah dah tertipu. Pandai kau berlakon, Qeera. Berani mati ea kau? Bisik hati Iris.

"Tak apa la, aku bawa dia pergi bilik rawatan." Ujar Afif.

Iris angguk. Dia membantu Afif yang sedang mengangkat tubuh Qeera yang sudah 'tidak sedarkan diri' itu. Mikayla yang melihat tidak jauh dari situ terbit rasa cemburu di benaknya.

Selepas Afif beredar bersama Qeera, perhimpunan kembali dimulakan. Mikayla rasa mahu saja berlari ke bilik rawatan sekarang jugak. Ish!

                            *****

Perlahan-lahan Afif meletakkan tubuh Qeera di atas katil. Kau ni nampak je kurus, boleh tahan berat jugak kan? Dia sudah berura-ura mahu berlalu dari situ. Yelah, bukan awek aku pun kan nak kena stay kat sini? Tak kuasa aku!

"Afif!"

Afif toleh. Qeera membuka mata.

"Kau rehat la, tadi kau pengsan. Aku nak kena balik dewan ni."

Qeera pantas mencapai tangan Afif yang sudah memulakan langkah. Afif terkedu.

"Afif, teman la saya kat sini. Jangan la pergi mana-mana." Pinta Qeera dengan suara gedik.

"Kau sakit kan? Kau tidur jelah, sedar nanti kalau kau rasa dah sihat, balik kelas. Aku tak boleh teman kau, aku ada kerja ni." Balas Afif.

"Please, Afif. Teman saya at least sampai perhimpunan habis. Saya takut la tinggal seorang kat sini. Yang lain kan kat dewan. Teman saya ea, Afif?"

Afif menghembus nafas perlahan. Nak tunggu perhimpunan habis lambat lagi, weh. Tadi tu baru mula tahu? Dah la perhimpunan rasmi di sekolahnya satu jam setengah. Sekolah lain paling tak empat puluh minit je. Jadi, maknanya sejam lebih la aku kena teman dia kat sini?

"Afif, boleh tak?"

"Okay, fine. Aku teman kau, dah la kau tidur la."

"Tak nak. Kalau saya tidur, mesti awak akan tinggalkan saya kan?"

Afif geram. Ek'elleh perempuan ni! Aku tinggal betul-betul karang baru tahu. Saja je kau kan?

"Tak, aku janji tak tinggal kau."

Qeera angguk. Aku bangun nanti kau tak ada, siap kau Afif. Bukan kau yang jadi mangsa tapi, Mika. Berani la kau tinggal aku, aku seksa Mika nanti.

Afif menarik selimut menutupi tubuh Qeera. Qeera tersenyum kepada lelaki itu. Baru ini la dia rasa Afif prihatin kepadanya. Kalau tak, layan dia pun nak tak nak je.

"Tidur!" Ucap Afif.

Qeera memejamkan mata, cuba untuk tidur. Padahal dia tak ngantuk pun. Sakit pun tak. Saja nak raih perhatian Afif je sebenarnya.

Bila Qeera sudah berada di dimensi lain, terasa mahu saja Afif beredar dari situ. Tapi, dia teringatkan janji nya kepada gadis itu tadi.  Akhirnya, dia terpaksa duduk saja di bilik rawatan.

Meanwhile...

Afieya menepuk bahu Mikayla yang sedang melamun itu. Kelasnya sebelah saja jadi mereka beratur pun bersebelahan juga. Mikayla terkejut.

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang