Empat kelas Ariq tidak masuk. Ikhwan dan Mikayla pelik. Bila ditanya oleh guru mereka ke mana Ariq juga tidak mampu dijawab.
"Ikhwan, Ariq tak datang sekolah ke?" Soal Mikayla.
"Datang la. Aku nampak dia tadi."
"Habis tu kenapa dia tak masuk kelas?"
Ikhwan hanya mengangkat bahu.
"Wan, Ariq tak masuk lagi ke?"
Serentak Ikhwan dan Mikayla menoleh ke pintu. Kelihatan Afif sedang berdiri di situ bersama Fahim.
"Tak!"
"Dia datang kan tadi?"
"Datang. Aku nampak dia tadi!" Jawab Fahim.
"Fif, tempat biasa kut!" Ujar Ikhwan.
"Rooftop?"
Ikhwan angguk.
"Kau nak pergi ke aku pergi?"
"Kau la pergi. Kau kan ketua pelajar!"
Apa kena mengena? Tapi dia angguk juga sebelum berlalu.
"Kau tak nak makan ke?" Soal Fahim.
"Nak pergi la ni. Mika, kau?"
"Tak apa, kejap lagi aku pergi!"
"Okey!"
Ikhwan berlalu bersama Fahim.
🌹🌹🌹
Dari jauh lagi Afif sudah nampak Ariq yang sedang termenung. Confirm ada benda jadi. Kalau tak, tak adanya Ariq nak naik atas atap ni.
"Dari pagi tadi kau kat sini ke?"
Ariq menoleh. Dia angguk perlahan.
"Kenapa kau datang sekolah kalau kau nak skip class?"
"Fif, kau nak report aku sebab aku skip class, kau report la, Fif. Aku tak kisah. Sumpah aku tak ada mood, doh!"
"Asal? Bidadari kau tu reject kau ke?"
"Dia dah tak ada dah, Fif!"
Afif terkedu. Dia berpaling ke sebelah nya. Wajah muram Ariq ditatap.
"Tak ada?"
Ariq angguk.
"Bidadari aku tu dah balik tempat asal dia. Dia dah tinggalkan aku, Fif!"
"Bila? Sebab apa?"
"Tiga hari lepas, kanser. Aku tak pernah tahu pun yang dia sakit selama aku kenal dia, Fif. Kalau aku tahu, aku... Aku dah lama luahkan yang aku suka dia. Tapi, aku tak sempat, Fif!"
Air mata Ariq mengalir perlahan. Afif menepuk-nepuk bahu Ariq. Walau dia tidak kenal siapakah gadis itu tapi dia turut terasa kehilangan.
"Aku tak tahu nak buat apa, Fif. Aku nak bagitahu dia yang aku suka dia. Tapi, dia dah tak ada. Dia dah tak ada, Fif. Aku nak buat apa?"
Tubuh Ariq terasa longlai lalu dia jatuh terduduk ke lantai dengan linangan air mata. Dia bersandar di dinding. Afif tergamam dengan situasi itu.
Selama dia kenal Ariq, dia tidak pernah melihat Ariq dalam keadaan terburuk seperti ini. Meskipun selepas dia bergaduh dengan mamanya. Afif duduk di sisi Ariq.
"Riq, mungkin aku tak faham apa yang kau rasa. Tapi kau kena kuat. Dia pun mesti tak nak tengok kau macam ni."
Ariq tidak membalas. Dia terus saja mendiamkan diri. Tiba-tiba iPhone milik Afif berdering. Afif menarik keluar iPhone itu dari poket seluar.
KAMU SEDANG MEMBACA
Riverhawks High School
Teen FictionMikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster. Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai...