Seven

478 6 0
                                    

Pada hujung minggu itu, Thunder sudah terpacak di markas Nightmare. Sudah agak lama mereka tidak ke situ selepas Thunder dan Nightmare memutuskan untuk berdamai.

Tapi, Afif terpaksa mengajak Thunder ke sana lagi kerana Nightmare sudah berani menganggu Mikayla.

"Mana diorang ni, Iq? Kau yakin ke diorang akan datang sini?" Soal Afif.

"Iya, kau tunggu jelah Fif. Kejap lagi diorang datang la tu. Kalau tak dekat sini, diorang nak lepak mana lagi?" Jawab Faiq.

Thunder mengangguk setuju.

"By the way, asal kau beria sangat nak jumpa Nightmare ni, Fif?" Soal Syahril yang tidak tahu apa-apa.

Hanya dia yang berada di kelas lain. Kerana itu dia tidak tahu.

"Sebab dua daripada diorang dah cari pasal dengan aku." Jawab Afif.

"Apa?" Syahril tidak mengerti.

"Syah, nanti aku explain kat kau." Ujar Shamim bagi pihak Afif.

Syahril angguk.

"Kau tak perlu pun buat macam ni, Fif. Bukan diorang yang cari pasal tapi, kau." Ucap Hazran.

Semua mata menoleh ke arah Hazran.

"Kau cakap apa ni? Hah?" Soal Afif.

"Kita dah damai dengan Nightmare kan? Tapi, kau ajak kitorang datang sini cari pasal dengan diorang pasal hal kecil tu je? Kau bukan tak kenal Nightmare tu macam mana kan?"

"Apa maksud kau dengan hal kecil? Eh Haz, kalau kau tak tahu apa-apa, kau tak payah cakap la." Afif mulai panas.

Hazran mula berdiri dan mendekati Afif yang sedang berdiri di antara Zaqif dan Ikhwan itu.

"Kau, kalau pasal perempuan, bukan main lagi kan? Kau ingat aku tak tahu ke kau datang sini pasal budak baru tu kan?" Ujar Hazran.

"Tak, sekarang ni apa masalah kau? Kalau kau tak suka, kau blah la."

Hazran senyum sinis.

"Kau ingat aku nak sangat ke ikut?"

"Haz, dah la tu. Kita datang sini bukan nak gaduh la." Ujar Aqmal.

Faiq dan Fahim menarik Hazran jauh dari Afif. Karang ada yang bertumbuk ni karang. Ariq cuba menenangkan Afif yang sedang menahan geram itu.

"Wah... Musuh lama kembali!"

Serentak, kesepuluh mereka menoleh ke arah suara yang menyapa. Harraz, ketua geng Nightmare yang bersuara. Dia datang bersama gengnya yang lain.

Nightmare juga ada sepuluh orang ke semuanya. Mereka semua dari sekolah HoverBee High School. Nama sekolah pun dah menunjukkan mereka ini saingan sengit Riverhawks High School.

"Ada apa ramai-ramai ni? Nak buat reunion ke?" Soal Harraz.

Afif tersenyum sinis.

"Tak ada masa la kitorang nak buat reunion dengan korang." Jawab Afif.

"Then?"

Afif mencari dua daripada mereka yang sudah menganggu Mikayla tempoh hari. Dia dapat gambar mereka atas bantuan Faiq yang memang mahir bab mencari.

"Korang dua orang, depan!" Ujar Afif.

Mereka yang dimaksudkan Afif memandang pelik sesama sendiri. Harraz juga ikut pelik memandang mereka.

"Wo, kau siapa nak arah diorang? Aku je yang boleh arah diorang." Harraz tak puas hati.

"Aku tak nak cari pasal dengan korang. Especially, kau. Aku cuma nak berurusan dengan diorang berdua. Bagi kitorang masa, kitorang takkan ganggu korang."

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang