Sejak kes tertimpa batu tempoh hari, Mikayla perasan Afif mula menjauhi nya. Kalau terserempak pun, lelaki itu akan mengelak dari bercakap dengan nya. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
"Ikhwan, kenapa dengan kawan kau tu ek?" Soal Mikayla.
"Siapa?"
"Afif tu la!"
"La? Kenapa dengan dia?"
"Tak ada la. Sejak dua tiga hari ni, dia macam nak mengelak je dari aku?"
Ikhwan terdiam seketika. Ya ke Afif buat macam tu?
"Perasaan kau je kut?"
"Perasaan apanya? Takkan kau tak perasan kut sikap dia sekarang ni dah berubah? Dia dah tak banyak cakap tahu tak?"
"Entah. Aku tengok dia biasa je!"
Mikayla diam. Malas dah nak layan Ikhwan lagi. Jawab macam nak tak nak je. Mungkin dia cuba sorokkan sesuatu pasal Afif.
🌹🌹🌹
Shamim menghulurkan kertas yang bertimbun itu kepada Afif. Saja dia mahu membantu rakannya itu di bilik disiplin pada hari itu.
"Asal lately ni aku nampak kau macam tak ada semangat je?" Soal Shamim.
Afif yang sedang menyusun kertas itu mengangkat kepala.
"Aku penat sikit la!"
"Pasal Mika ke?"
Afif angkat bahu.
"Maybe!"
"Apa lagi yang kau fikir, Fif? Semua ni dah settle kan?"
"Entah la, aku memang nak lupakan. Tapi otak aku, fikiran aku, penuh pasal Mika. Aku risaukan dia, Mim. Selagi Qeera dengan Naz ada dalam sekolah ni, hati aku takkan tenang!"
"Habis tu kau nak buat apa? Takkan kau nak suruh diorang keluar dari sekolah ni? Memang tak la jawabnya!"
Afif tidak membalas. Dia sendiri pun tak tahu nak cakap apa. Betul la kata Shamim tu. Tak mungkin nak suruh Naz dan Qeera keluar dari sekolah itu.
"Fif, satu je aku nak cakap. Kau boleh nak risaukan Mika. Tapi kau jangan abaikan dia. Bukan aku tak perasan. Aku nampak kau macam nak mengelak dari dia. Jangan sampai dia rasa bosan dengan sikap kau yang turun naik ni. Kitorang kenal kau macam mana. So, kitorang boleh faham. Tapi Mika tak, Fif. Perempuan ni, dia akan cepat rasa bosan. Lagi-lagi kalau dia rasa diabaikan. So, kau faham-faham jelah!"
Afif hanya mendengar dan dia terus membisu.
☘️☘️☘️
Afif menutup pintu loker selepas dia mengambil beberapa buah buku. Dia terkejut melihat Mikayla yang berdiri di depannya.
"Afif!"
"Ada apa?"
"Awak ni kenapa?"
"Kenapa apa?"
Mikayla memandang wajah Afif. Tapi lelaki itu melarikan pandangannya.
"Kenapa awak macam nak mengelak dari saya, Afif? Saya ada buat salah ke?"
"Saya penat la, Mika. Saya balik kelas dulu la."
"Afif, tunggu!"
Langkah Afif mati.
"Apa masalah awak ni ek, Afif? Kejap awak okey. Kejap awak macam ni. Bila awak okey, awak baik sangat dengan saya. Tapi bila awak macam ni, awak dingin macam ais tahu tak? Kalau saya ada buat salah, awak cakap la!"
KAMU SEDANG MEMBACA
Riverhawks High School
Teen FictionMikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster. Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai...