Pagi ini sahaja sudah lima kali Mikayla muntah. Sejak disahkan hamil tempoh hari, tubuhnya kerap terasa lesu dan tidak bermaya. Afif sentiasa ada di sisinya.
"Okey tak ni?"
Mikayla mencuci mulut sebelum dia memeluk tubuh suaminya. Afif yang tidak bersedia, tergerak sedikit ke belakang.
"Tak. Tekak rasa loya sangat, kepala pun pening je." Adu Mikayla.
"Pergi la masuk bilik, rehat. Awal-awal memang macam ni. Nanti okey la tu."
Mikayla mengangguk lemah.
"Amboi. Tak nak berenggang langsung dengan suami dia ya?"
Mereka berpaling ke arah mak lang yang baru masuk ke dalam rumah dari pintu belakang. Afif dan Mikayla hanya membalas dengan senyuman.
"Bila korang nak balik ni?"
"Esok inshaa Allah. Kenapa, mak lang?" Ujar Afif.
"Tak ada apa, mak lang tanya je. Esok kalau nak balik lepas makan tengah hari ya?"
"Tengok la, ingat nak balik lepas Asar!"
"Ha, elok sangat la tu."
Pernyataan mak lang itu dibiar sepi oleh keduanya.
"Afif, pi la bawa Putri rehat kat bilik. Nampak pucat dah muka dia tu."
"Masuk dulu ea, mak lang?"
"Iya, pi la!"
Afif memimpin Mikayla keluar dari dapur lalu masuk ke dalam bilik.
"Tidur la!"
"Abang nak pergi mana?"
"Abang nak keluar la. Nanti apa kata mak lang dengan mak tok pulak? Kita balik ni nak jumpa diorang kan?"
Mikayla yang tadinya berbaring kembali bangkit.
"Laa... Kenapa bangun?"
"Sayang pun nak keluar jugak la. Tak sedap la sayang sorang je dalam bilik. Diorang nak jumpa sayang kan?"
"Sayang kan tak sihat. Diorang faham la. Dah, rehat je. Jangan nak paksa diri sangat."
Mikayla tiba-tiba memeluk tubuh Afif yang duduk di depannya. Afif kaku.
"Abang jangan la pergi mana-mana. Teman la sayang kat sini!"
Afif membelai rambut isterinya sambil tersenyum nipis.
"Abang dekat luar je, sayang. Bukan nak ke mana pun."
"Tak nak, duduk sini."
Afif menggeleng-geleng. Sejak hamil, Mikayla jadi semakin manja. Tak nak berenggang langsung.
🌹🌹🌹
Terpaku Afieya di tempatnya berdiri bila ternampak apa yang terjadi di depan matanya. Rasa macam nak hempuk je dua orang yang masih tak sedar kehadirannya di situ.
"Astaghfirullahalazim!"
Serentak, keduanya berpaling. Faiq terkejut. Benar-benar terkejut dengan kehadiran Afieya yang tiba-tiba itu. Terus ditolak tubuh wanita di depan nya hingga tersungkur ke lantai.
"Apa ni, Faiq?"
"Fie, ini bukan apa yang awak fikir!"
Afieya menggeleng-geleng. Terus dia melangkah keluar dari ofis Faiq. Dia ingat nak buat surprise. Tak sangka rupanya dia yang kena surprise.
"Afieya!"
Faiq pantas meninggalkan ruang ofis nya dan berlari untuk mendapatkan Afieya. Bila sudah dapat, pantas tangan wanita itu dicapai.
KAMU SEDANG MEMBACA
Riverhawks High School
أدب المراهقينMikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster. Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai...