Thirty Five

353 10 2
                                    

Ariq masuk ke dalam bilik disiplin untuk berjumpa dengan Afif. Ariq masuk tanpa mengetuk pintu. Cepat Afif menurunkan lengan blazernya bila nampak wajah Ariq. Ariq yang perasan akan hal itu terus menuju ke arah Afif selepas menutup pintu.

"Kenapa tangan kau tu?" Soal Ariq.

"Tak ada apa la."

"Kau jangan tipu aku, Fif. Kau cakap kenapa."

"Betul la, tak ada apa. Apa aku nak tipu kau pulak?"

Ariq menggeleng-geleng. Dia bergerak ke arah Afif. Lengan blazer lelaki itu ditarik ke atas. Nampak la dengan jelas banyak lebam di lengan Afif.

"Tangan kau lebam lagi?"

Afif menarik tangannya semula.

"Sikit je ni. Aku dah biasa la!"

"Kau tak pergi jumpa doktor ke?" Soal Ariq sambil duduk di depan Afif.

"Buat apa? Kalau jumpa pun, sama je!"

"Kau ni degil kan? At least, doktor boleh bagi kau injection!"

"Pasal tu la aku tak nak. Aku bosan tahu tak dengan injection ni semua!"

Ariq menggeleng lagi. Seorang Afif Firdaus memang degil orangnya.

"Mika dah tahu belum pasal ni?"

Afif menggeleng.

"Kenapa kau tak bagitahu dia?"

"Perlu ke?"

"Fif, sampai bila kau nak sorok dari dia ek? Kau ada hemofilia. Sakit kau ni tak boleh sembuh tahu tak?"

"Ha, see? Kau pun cakap penyakit aku ni tak boleh sembuh kan? So, ada guna ke kalau aku bagitahu Mika pun? Boleh sembuh ke penyakit aku?"

"Aku tak cakap macam tu pun. Tapi, kau fikir la. Takkan kau nak tunggu kau pengsan depan dia, baru kau nak bagitahu? Sakit kau ni bukan macam demam biasa tu. Bila-bila masa je kau boleh bleeding, lebam tak ada sebab. Kau nak tunggu semua tu jadi dulu depan Mika ke?"

Afif terdiam.

"Aku tak faham la. Apa yang susah sangat kau nak bagitahu Mika ea? Cuba bagitahu aku. Kau takut dia tinggalkan kau sebab kau sakit?"

"Riq, kau pun tahu kan Naz dulu tinggalkan aku sebab apa selain dia ikut mat salleh tu?"

"Ya Fif, aku tahu. Tapi kau tak boleh nak samakan Mika dengan Naz. Kau kenal Mika dah lama kan? Takkan kau tak boleh nak percayakan dia lagi?"

"Aku kenal Naz pun lama, Riq. Lagi lama dari aku kenal Mika. Dia tinggal kan aku jugak!"

Ariq pula yang terdiam. Tak tahu lagi macam mana nak cakap dengan Afif. Orang kalau dah pernah dikecewakan macam ni la jadinya.

"So, ini la yang awak sorok selama ni dari saya ya, Afif?"

Serentak kedua lelaki itu menoleh ke pintu. Tercegat Mikayla di situ.

"Mika, saya..."

"Betul ke awak sakit?"

Afif diam. Dia pandang Ariq.

"Haah, dia sakit!" Jawab Ariq.

Afif tarik nafas dalam.

"Betul ke, Afif?"

"Ya Mika, saya sakit. Sebab tu saya suruh awak jauh dari saya. Saya tak nak awak tahu yang saya sakit!"

"Sekarang saya dah tahu. Apa awak nak buat?"

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang