Sixteen

444 5 1
                                    

Mikayla berlari masuk ke dalam kelas dengan air mata berlinangan. Dia duduk di mejanya sambil mengelap air matanya yang masih mengalir.

Dia sungguh terasa dengan Afif tadi. Baru saja mereka berbaik, tiba-tiba Afif membentaknya pula. Dia sendiri tidak tahu apa salahnya sehingga Afif bersikap dingin dengannya tadi.

"Kau kenapa?"

Mikayla menoleh. Wajah Ikhwan yang baru duduk di sisinya dipandang.

"Tak ada apa!" Jawab Mikayla.

"Tak ada apa konon. Kau nangis asal?"

Mikayla hanya menggeleng. Dua hari sebelum dia berbaik dengan Afif, Ariq dan Ikhwan sudah kembali bercakap dengannya. Ikhwan melepaskan keluhan berat. Mikayla pelik.

"Kenapa?" Soal Mikayla.

"Serabut la, weh. Afif dengan Haz gaduh teruk tadi!"

Mikayla terkejut.

"Hah?"

Patut la muka Afif lebam tadi. Dengan bibir pecahnya. Gaduh dengan Haz.

"Kenapa diorang gaduh?"

"Haz tu la, cari pasal. Malas la aku nak cakap pasal dia!"

"Tadi aku tengok dahi Afif luka. Siapa yang ubatkan dia?"

Ikhwan angkat bahu.

"Entah. Dia terus blah je tadi, dia ubat kan diri sendiri kut."

"Kenapa macam tu? Korang tak tolong dia ke?"

"Mika, kau tak tahu macam mana dia mengamuk tadi. Kitorang semua habis ditolaknya. Jenis Afif, kalau dia tak ada mood, dia tak suka orang kacau dia. Kalau kacau, habis la kena maki free dengan dia. Tu yang kitorang biarkan je dia. Tunggu la dia reda dulu!"

Mikayla angguk. Erm, patut la aku kena marah tadi. Dia tak ada mood rupanya. Tapi, tak payah la nak cakap kasar dengan aku macam tu. Hati aku ni dah la fragile.

                            *****

"Assalamualaikum!"

Afif masuk ke dalam rumah selepas memberi salam. Dia mencampakkan kunci kereta di atas meja, beg sekolah nya ke bawah dan terus merebahkan tubuhnya ke sofa.

"Waalaikumussalam. Abang, baru balik ke?" Tegur Puan Safiya yang baru muncul dari dapur.

Afif mengalihkan pandangannya ke arah uminya yang duduk di depannya.

"Haah, umi!"

"Dah tu, kenapa terus baring kat sini? Tak mandi dulu, solat ke apa?"

"Penat la, mi. Abang dah solat dekat sekolah tadi."

Afif memejamkan matanya. Wajahnya cuba disorok dari terlihat oleh uminya. Nanti banyak tanya pulak jika melihat dahinya yang berplaster dan wajah yang lebam.

"Dah makan belum ni?"

Afif angguk.

"Abang!"

"Erm!"

"Nanti tolong ambil adik kat sekolah."

"Adik belum balik lagi ke?"

"Belum, dia kata ada kelas tambahan. Ikutkan umi yang nak ambil tapi, last minute umi ada kerja. Abang tolong ambil tahu nanti? Adik balik pukul 5!"

"Erm!"

Puan Safiya bangun sambil mencuit bahu anak sulungnya itu.

"Jangan terlajak tidur pulak, bangun ambil adik nanti!"

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang