Eighteen

395 6 2
                                    

Mikayla duduk di dalam biliknya sambil membaca novel. Puas juga la dia memerah otak mencari alasan untuk tidak ke sekolah kepada mama dan papanya.

Dia mengerling oppo miliknya yang hanya berbunyi pagi tadi saja. Sengaja dia mahu Afif tetap mencarinya tapi, setakat itu jelah Afif telefon. Hanya dua kali dan chat pun sekali je.

Hm, nampak sangat dia tak suka aku.

Tiba-tiba oppo itu berbunyi menanda kan ada panggilan yang masuk. Mikayla tersenyum. Tapi, bila dia melihat nama di skrin senyumannya mati. Ingatkan Afif, Fie rupanya!

"Helo!"

Panggilan dijawab.

"Mika. Weh, asal tadi kau tak datang sekolah?" Terjah Afieya di hujung talian.

Siapa yang tak kenal Afieya Azzara? Suaranya saja orang dah boleh kenal.

"Aku tak sihat sikit la. Kenapa?"

"Weh, ada something jadi kat sekolah tadi. Aku tak tahu aku patut bagitahu kau ke tak."

"Kau dah call aku ni, kau bagitahu jelah. Kau ni kang... aa!"

Afieya tergelak.

"Okey, okey. Mika, Naz dah balik!"

Mikayla terkejut, terkedu, tersentak dan segala ter la. Darahnya berderau.

"Mika? Helo? Are you still there?"

"Ya, aku ada ni. Ap... Apa, Fie? Naz dah balik? Mak... Maksud kau Sharifah Nazirah? Ex Afif?"

"Iya la. Aku tengah cakap pasal dia la ni. Mana ada nama Naz lain kat sekolah kita tu. Yang kau tergagap ni dah kenapa pulak?"

Mikayla tidak jawab. Dia masih tidak boleh mencerna maksud 'Naz dah balik' itu. Dah la dia nak buat-buat merajuk dengan Afif. Ini, Naz dah balik? Dia nak apa lagi kalau bukan nak Afif balik kan? Mesti punya!

"Mika, kau okey tak ni?"

"Hah? Err... Ya, aku okey!"

"Satu lagi, aku dengar dia akan masuk Riverhawks balik. Aku dengar la, tak tahu la betul ke tak."

Satu lagi berita yang mengejutkan Mikayla. Naz masuk Riverhawks balik? Oh no!

"Mika. Weh, aku letak dulu tahu? Mak aku panggil tu. Kita jumpa kat sekolah esok okey?"

"Okey!"

Talian diputuskan oleh Afieya. Mikayla masih terkaku di tempatnya. Kenapa Naz kena balik sini?

                          *****

Mikayla tersenyum bila dia ternampak Afif yang baru keluar dari bilik disiplin itu. Dia sudah memutuskan untuk tidak merajuk lama-lama dengan Afif.

Baru saja kakinya hendak melangkah mendekati Afif, seorang gadis sudah terlebih dahulu mendekati Afif. Itu mesti Naz! Terbantut langkahnya. Terus dia berpusing melalui jalan lain.

"Hai, sayang!"

Afif melepas keluhan perlahan.

"Kau nak apa?

"Laa... Hari ni kan first day I dekat sekolah ni. You tolong la tunjukkan kelas I." Ujar Naz, gedik.

"Eh, jangan nak mengada la. Kau pun bukan first time masuk sekolah ni. So, kau cari la kelas kau sendiri!"

Tangan Naz meliar mencari tangan Afif. Diraihnya tangan lelaki itu.

"Afif, please. Bawa la I pergi kelas I!"

"Tch! Yelah, kau kelas apa?"

"Clover!"

Afif tersentak. Clover? Satu kelas dengan Mika? Macam mana boleh satu kelas pulak ni?

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang