Fifty Seven

117 10 9
                                    

"Mika!!!"

Bagai dikejutkan dengan suara Afieya itu, jari jemari Mikayla tiba-tiba saja bergerak. Pantas Dr Alisa mendekat.

"Puan? Puan Mikayla, do you hear me? Puan?" Soal Dr Alisa.

Mikayla membuka matanya perlahan- lahan. Terkebil-kebil matanya melihat sekeliling yang putih.

"Do you hear me?"

Lemah anggukan Mikayla.

"Alhamdulillah, she's back!" Sahut Dr Alisa dengan suara ceria.

Afif yang sedari tadi memang sudah longlai, jatuh terduduk dia di atas lantai. Terus dia melakukan sujud syukur di situ. Manakala Afieya yang berada di luar bersama Faiq, jatuh ke dalam dakapan lelaki itu.

Mereka menarik nafas dalam. Hampir hilang separuh nyawa mereka bila jantung Mikayla berhenti tadi.

Seminggu kemudian...

"Fif!"

Afif yang resah itu terus berpaling ke belakang. Nampak saja wajah Shamim segera dia mendekat.

"Mim, ada apa-apa info tak?"

Shamim geleng.

"Buat masa ni tak ada lagi. Dr Sakinah tu pun dah tinggalkan rumah dia sejak dari hari kejadian."

Ya, Afif sudah membuat laporan polis sebaik saja Afieya cerita apa yang dia nampak sebelum keadaan Mikayla jadi memburuk. Kebetulan, Shamim pula yang dapat kes itu.

"Aku risau dia ada plan lain je, Fif. Mana tau lepas ni target dia, family kau?" Kata Ariq.

"Takkan la kut?"

"Kita tak tahu, Fif. Kalau dia sanggup nak bunuh Mika, tak mustahil dia boleh buat lebih dari tu. Hari tu plan dia kantoi. Mesti dia ada back up plan punya." Sahut Fahim.

Afif mengusutkan rambutnya. Kusut bila memikirkan soal itu. Apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku?

"Sebenarnya siapa Dr Sakinah ni? Mana kau kenal dia, Fif? Aku tak pernah tahu pun dia wujud dalam cerita ni." Ujar Syahril.

"Dia senior aku masa kat Manchester dulu. Dia pernah ada hati dengan aku. Tak tahu la kut mungkin sampai ni dia suka aku."

Mereka menggeleng-geleng. Cinta ni boleh buat orang taksub kan? Takut!

"Okey, macam ni. Aku akan hantar anggota aku untuk jaga rumah kau. Sebab kita tak boleh biar selagi doktor tu masih berkeliaran dekat luar sana. Anak kau ada kut."

Afif mengangguk laju. Cukup la apa yang terjadi pada Mikayla. Dia tidak mahu keluarganya juga terluka.

"Mika macam mana?" Soal Faiq.

"Alhamdulillah, getting better. Dia dah boleh keluar hari ni."

"Bagus la tu."

iPhone milik Afif berdering. Tertera nama Aimi di skrin.

"Assalamualaikum, Mi. Kenapa ni?"

"Ab... Abang, balik sekarang, abang." Terketar-ketar suara Aimi.

Afif cuak. Dah kenapa pulak ni?

"Kenapa ni, dik? Cuba bagitahu!"

"Ayish, abang."

"Ayish kenapa?"

"Ayish dah kena bawa lari orang. Umi dengan Mak Yah kena serang tadi. Kak Lin pun dah pengsan ni. Cepat, abang. Adik takut."

"Abang balik sekarang!"

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang