Fifteen

481 5 0
                                    

Fahim dan Aqmal memanggil Thunder ke belakang sekolah kecuali Afif dan Syahril. Mereka semua pelik bila tiba-tiba saja diajak berkumpul tanpa Afif dan Syahril.

"Apahal kau panggil kitorang ni?" Soal Hazran.

"Tadi budak Nightmare ada datang sini lagi." Jawab Fahim.

Mereka semua tersentak.

"Hah?"

"Ya, aku rasa diorang tu memang tak faham bahasa la. Berapa kali nak cakap agaknya." Ujar Aqmal pula.

"Dah tu, asal korang tak panggil Afif sekali?" Soal Shamim.

"Aku malas la nak bagitahu Afif. Nanti dia bising. Korang tahu la dia tu kalau dah mengamuk macam mana!" Jawab Fahim.

"Eh, kalau dia tahu nanti lagi la dia bising!" Kata Faiq.

Mereka mengangguk setuju.

"Kita relaks dulu. Selagi diorang tak buat apa-apa, kita tak yah bagitahu Afif!" Balas Aqmal.

"Kau nak tunggu diorang bertindak dulu baru kau nak bagitahu Afif? Okey, aku tak ada hal. Tapi, kalau Afif mengamuk nanti aku tak campur ea?" Ujar Ariq.

"Aku sokong!" Sahut Shamim dan Faiq.

Fahim dan Aqmal memandang Hazran.

"Kau, Haz?" Soal Aqmal.

"Apa aku pulak? Eh, Syah asal tak ada kat sini?" Balas Hazran.

"Syah aku tak tahu dia dekat mana. Kau tahu la dia tu, asyik hilang je!"

Mereka angguk. Sepanjang perbualan itu, Zaqif hanya mendiamkan diri. Dia memang tak banyak cakap pun.

                              *****

Afif melepaskan keluhan perlahan bila dia terserempak dengan Qeera ketika dia mahu balik ke kelasnya. Dia dari bilik guru, terpaksa la dia melalui blok kelas Freesia dan Erica. Kalau tak, tak ingin dia lalu di situ.

"Afif!"

"Kau nak apa lagi?" Soal Afif malas.

Qeera berjalan mendekati Afif. Fisa dan Iris awal-awal sudah disuruh masuk oleh Qeera tadi. Lengan Afif di raihnya. Afif hanya membiarkan.

"Kenapa susah sangat kau nak terima aku ek? Apa lebihnya Mika tu? Apa kurangnya aku, Afif?"

Afif menunduk memandang Qeera yang tinggi hanya separas bahunya itu.

"Mika tak lebih dan kau tak kurang. Apa yang kau tak faham ek, Qeera? Banyak kali dah aku cakap dengan kau. Aku tak ada apa-apa perasaan pun dekat kau!"

"Tapi, aku nak kau Afif. Aku tak nak orang lain, aku nak kau je!"

"Qeera, dah la. Buang masa kau je tunggu aku. Aku takkan pernah terima kau pun!"

Afif menarik tangannya dari pegangan Qeera dan bersedia untuk berlalu. Tapi Qeera cepat menarik tangannya semula. Afif menoleh.

"What else?"

"You're mine! Kalau aku tak dapat kau, aku akan pastikan Mika pun takkan dapat kau!" Ucap Qeera.

Afif tersentak.

Psycho!

Tanpa berkata apa-apa, Afif terus berlalu dari situ. Qeera hanya memerhati gerak langkah lelaki itu.

Afif melangkah masuk ke dalam kelas dengan wajah kusut. Dia duduk di sisi Shamim sambil serabutkan rambutnya.

"Kau dah kenapa?" Soal Shamim.

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang