Sixty

90 9 4
                                    

Selepas hanya sepuluh minit mereka di kantin, mereka masuk ke dalam bilik disiplin kerana Afif perlu menyelesaikan sedikit tugasnya. Mikayla yang duduk di depan hanya memerhati Afif yang sedang fokus.

Jauh di sudut hati, dia masih tidak percaya. Adakah dia sedang mimpi? Dia takut semua itu hanya mimpi. Dia sendiri sudah tak tahu beza mana satu mimpi dan mana satu betul. Mikayla dengan tidak teragak-agak, mencubit lengan Afif.

"Aduh!"

Afif angkat kepala pandang Mikayla. Terkebil-kebil dia. Bingung kenapa dia tiba-tiba saja dicubit.

"Kenapa awak cubit saya?"

"Saya cuma nak pastikan yang ini semua bukan mimpi."

"Memang la ini bukan mimpi. Awak dah kenapa nak pastikan bagai?"

Mikayla tersengih.

"Sorry!"

Afif meletakkan pen dan matanya mula fokus ke arah Mikayla.

"Mika!"

"Ya?"

"Kenapa hari tu awak cakap saya dah meninggal?" Soal Afif.

Mikayla terkedu dengan soalan itu.

"Err... Saya sendiri pun tak faham."

"Maksudnya?"

"Entah la. Masa saya koma, saya rasa macam saya masuk ke dunia lain. Saya tak tahu la sama ada saya mimpi ke apa."

Berkerut-kerut kening Afif cuba untuk memahami kata-kata itu.

"Ha?"

"Afif, saya mimpi kita dah kahwin dan kita ada anak seorang. Tapi ada orang dengki dengan rumah tangga kita dan dia nak bunuh saya, sayangnya awak yang kena sebab awak halang saya masa tu. Then, that time awak meninggal, Afif."

Afif diam. Dah macam movie pulak ek?

"Sebenarnya panjang lagi cerita dia. Faiq couple dengan Fie. Ikhwan dengan Iris dan ni mesti awak paling takkan percaya."

"Apa dia?"

"Fahim kahwin dengan Qeera!"

"What? Seriously?"

"Em, serius la. Tapi, tak sangka itu cuma mimpi je."

"Kalau ada jodoh, tak ke mana jugak. Kita tengok jelah nanti. Tapi nampak gaya macam tak."

Mikayla tersenyum membalas. Kan? Itu yang dia rasa juga.

"Tapi, serius la Afif. Saya rasa mimpi saya tu real. Macam bukan mimpi tau? Saya sendiri lalui kehidupan tu."

"Saya tak boleh nak cakap apa sebab saya tak rasa apa yang awak rasa tapi sekarang ni, ini real life awak, Mika. Apa pun jadi dalam 'kehidupan lepas' awak tu, awak lupakan jelah. Tak bagus untuk ingatan awak."

"Okey!"

Afif menyambung kembali kerjanya.

"Tapi awak kena janji dengan saya."

"Janji apa?" Soal Afif dengan kepala masih menunduk membuat kerja.

"Jangan tinggalkan saya!"

Afif tergelak. Kepala diangkat. Mata nya bertentangan dengan mata Mikayla.

"Saya nak pergi mana pun?"

"Mana tau, awak pergi kat perempuan lain ke?"

Bukan itu yang Mikayla maksudkan. Tapi saja dia berkata begitu kerana tak mahu Afif fikir bukan-bukan.

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang