Afif masuk ke dalam kelas Ixora untuk bertemu dengan Afieya. Dia duduk di depan Afieya yang sedang leka dengan phone di tangan. Kelas tak ada, phone jelah jawabnya.
"Fie!" Panggil Afif.
Afieya angkat kepala. Dia menoleh ke sekeliling, para pelajar lain memandang nya. Dia kembali memandang Afif yang duduk di depannya itu. Betul ke dia tegur aku ni? Tak pernah-pernah dia tegur aku selama lima tahun aku sekolah sini.
Afif membuat muka pelik. Dah kenapa perempuan ni? Pelik sangat ke aku tegur dia pun? Muka dah serupa apa je.
Afieya menunjuk dirinya sendiri.
"Ya, kau la." Jawab Afif.
"Kau tahu nama aku?" Soal Afieya.
"Asal pulak aku tak tahu nama kau?"
Afieya terdiam seketika.
"Kau nak apa ni?"
"Kau tahu kan apa aktiviti Thunder dekat luar?" Soal Afif.
Afieya angguk.
"Kau ada bagitahu Mika pasal tu?"
Afieya geleng pula.
"Good. Aku nak minta tolong kau ni."
"Tolong apa?"
"Kau tolong jangan bagitahu Mika pasal benda tu."
Afieya kerut dahi.
"Tapi, kenapa?"
"Kau boleh tanya dia sendiri. Tapi, aku minta tolong sangat-sangat kat kau. Jangan dedahkan siapa Thunder sebenarnya. Aku tak nak dia tahu."
"Lama-lama nanti dia tahu jugak kan?"
Afif pula yang terdiam.
"Ya, tu aku tahu. But for now, please don't tell her anything even kalau dia tanya pun. Tolong ea, Fie? Aku percaya kau tahu?"
Afieya terdiam lagi. Alamak, kenapa aku kena pegang amanat dia ni? Aduh, siap percaya aku bagai la.
"Thanks!" Ucap Afif dan berlalu keluar dari kelas Ixora.
Afieya tak sempat nak berkata apa.
"Afif nak apa dari kau?" Soal Qaira yang tiba-tiba duduk di sisi Afieya.
Afieya toleh dengan wajah malas.
"Kau sibuk kenapa?"
"Aku takkan sibuk kalau yang tegur kau tu orang lain. Tapi, tadi Afif kut. Kenapa? Dia nak apa?"
"Tak yah sibuk la kau. Itu urusan aku dengan dia. Kau tak ada kena mengena pun. So, mind your own business okay?"
Qaira membuat muka menyampah sebelum berlalu pergi. Kerek gila!
Afieya tersenyum sinis. Ingat aku tak tahu kau mengutuk aku dalam hati? Eh, suka hati aku la nak bagitahu ke tak kan?
Afif kembali ke kelasnya dan duduk di sisi Shamim. Shamim menoleh ke arah Afif.
"Kau dari mana?" Soal Shamim.
Afif pandang Shamim.
"Hah? Aku dari bilik guru." Takkan la nak cakap dari kelas Ixora?
"Oh!" Shamim angguk.
Afif tarik nafas lega bila Shamim tidak bertanya lebih lanjut. Habis la aku kalau dia tanya lebih-lebih. Apa aku nak jawab nanti?
Tapi, jenis Shamim memang begitu. Dia tidak akan bertanya soalan yang tak penting. Sama juga dengan Ariq. Yang kecoh dalam Thunder tu cuma Ikhwan dan Aqmal saja.
KAMU SEDANG MEMBACA
Riverhawks High School
Teen FictionMikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster. Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai...