Afieya merenung wajah Mikayla lama. Kesian dia melihat gadis itu. Sejak Naz muncul kembali, semuanya jadi kacau.
"Mika, kau kenapa ni?"
"Tak ada apa!"
Mikayla tersenyum tapi setitik air matanya tumpah.
"Tengok, kau tak okey ni. Cakap la dengan aku, kau kenapa? Afif buat apa kat kau?"
"Afif tak ada buat apa-apa la!"
"Dah tu, kenapa kau nangis?"
"Aku dah decide nak jauhkan diri dari Afif!"
Air mata Mikayla mengalir lagi.
"Mika, kenapa kau buat macam tu?"
"Sebab aku tak nak berharap pada Afif lagi. Kalau aku terus berkawan dengan dia, aku takkan boleh lupakan dia, Fie."
"Kau nak lupakan dia untuk apa? Mika, aku faham kau suka Afif. Afif pun suka kau, Mika. Kau patutnya pertahankan semua tu. Kau kena percaya Afif. Dia mesti akan betulkan semua ni. Naz, Qeera. Dengan kau jauhkan diri kau, lagi la diorang tu suka!"
"Biar la, Fie. Aku malas nak fikir dah!"
"Kau pentingkan diri kau tahu tak?"
Mikayla terkejut. Dia memandang wajah Afieya.
"Kenapa kau cakap macam tu?"
"Kau cuma fikirkan diri kau je. Kau tak pernah fikir pasal Afif. Banyak kali dah, Mika. Kau buat keputusan ikut suka hati kau je. Kau tak fikir pasal perasaan Afif langsung."
"Kau cakap apa ni, Fie? Aku buat ni untuk kebaikan semua. Aku tak nak Afif tersepit antara aku dengan Naz. Naz nak dia balik. Aku nak buat apa?"
"Mika, Afif tu bukan barang. Kau tak boleh nak tolak tarik dia. Kau buat macam ni, sama je macam kau tolak Afif pada Naz. Kau ingat Afif tu apa?"
Mikayla tidak terkata.
"Aku tak sangka kau macam ni, Mika. Afif tu punya la baik dengan kau. Kau sanggup buat dia macam tu?"
"Fie, aku..."
Afieya menggeleng dan berlalu pergi. Mikayla melepas nafas berat. Aku salah apa?
🌹🌹🌹
Sejak dari hari mereka dipertemukan kembali, Fiqri kerap kali datang ke Riverhawks untuk mengambil Mikayla dan sejak hari itu juga, mereka semakin rapat seperti waktu kecil dulu.
Afif yang mahu melangkah ke tempat letak kenderaan itu terpandang ke arah Mikayla dan Fiqri. Dia terkejut bila melihat wajah lelaki itu.
Fiqri? Kenapa dia boleh dengan Mika pulak ni? Apa hubungan diorang?
Kereta yang dipandu Fiqri berlalu. Afif cepat-cepat masuk ke dalam keretanya dan mengekori kereta Fiqri dari belakang. Dia perlu tahu apa hubungan Mikayla dan Fiqri.
Dahi Afif berkerut ketika mereka tiba di depan sebuah cafe yang tidak jauh dari Riverhawks. Cafe itu merupakan tempat biasa Nightmare lepak.
Afif turun bila Mikayla dan Fiqri sudah masuk ke dalam cafe itu. Dia masuk ke dalam cafe dan melihat mereka yang duduk tidak jauh dari pintu masuk.
Afif meluru ke arah Mikayla. Tangan Mikayla ditarik bangun. Gadis itu agak terkejut dengan perbuatan Afif itu. Tangannya terasa sakit akibat genggaman Afif.
"Afif, awak kenapa ni?"
Afif memandang wajah Fiqri tajam.
"Saya hantar awak balik!" Ujar Afif tanpa memandang wajah Mikayla.
KAMU SEDANG MEMBACA
Riverhawks High School
Teen FictionMikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster. Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai...