Sudah seminggu sejak Mikayla di wad ICU. Dia sudah melepasi masa kritikal nya tapi dia masih memerlukan alat bantuan pernafasan dan masih belum sedarkan diri. Ayish Mikail dibenarkan pulang tanpa ibunya.Afif menjadi penunggu setia di wad itu sejak seminggu yang lalu. Hanya sesekali saja dia pulang ke rumah. Rakan-rakannya yang lain juga sudah ramai yang datang melawat.
"You kena kuat, Afif. Mika perlukan you." Kata Naz.
Afif hanya diam membatu.
"Mika perlukan kekuatan dari you. You tak boleh patah semangat, Afif."
"Aku redha, Naz. Aku redha dengan apa je yang bakal terjadi lepas ni. Aku dah tak nak letak harapan. Walaupun aku terpaksa hilang dia."
Kosong wajah Afif tanpa perasaan ketika menuturkan kata-kata itu.
"Ayish dah balik rumah kan? Boleh I nak tengok dia?" Naz sengaja ubah topik. Dia tak mahu Afif berfikiran yang bukan-bukan.
"Boleh je. Kau pergi jelah rumah aku kalau nak tengok Ayish. Umi dengan adik aku ada."
Naz tersenyum.
"Okey la. I tak boleh lama ni, I kena gerak. Apa-apa, you bagitahu I ya?"
Afif angguk.
"Thanks!"
Naz bangun dari duduknya diikuti oleh Afif.
"You take care okay? Inshaa Allah, nanti I datang lagi!"
"Okey!"
Afif memerhati gerak langkah Naz yang sudah menjauh.
"Siapa tu? Skandal you ke?"
Afif menoleh. Terlepas keluhan di bibirnya melihat tuan punya suara.
"Doktor, tolong la. Saya tak ada mood nak layan doktor."
Terjungkit senyuman senget di bibir Dr Sakinah tanpa dilihat oleh Afif.
"I cuma tanya. Cantik perempuan tadi tu. Takkan la isteri kedua you kan?"
Afif menggulingkan matanya ke atas sambil duduk di atas kerusi.
"Takde kaitan dengan doktor pun. Kalau dia isteri kedua saya pun, itu pun tak ada kaitan dengan doktor. Kenapa? Doktor nak jadi isteri ketiga saya?" Sinis kata-kata Afif.
"Why not? I okey je!" Selamba balasan Dr Sakinah.
Memang itu yang kau tunggu pun kan?
"Sorry la, doc. Isteri saya cuma Putri Mikayla Azwa seorang. Takkan ada yang boleh gantikan tempat dia walau pun dia ditakdirkan pergi."
"You boleh jamin ke semua tu, Afif? You pun manusia. Mustahil you boleh bertahan sorang-sorang uruskan anak you yang masih kecil tu tanpa Mikayla kan?"
Afif diam. Dia akui kebenaran itu.
"It's okay, I sudi jadi ibu kepada anak you tu."
Wajah Dr Sakinah dipandang tajam.
"Doktor, tolong la. Isteri saya masih bertarung nyawa kat dalam tu. Saya sendiri tengah serabut sekarang ni. Tolong la jangan ambil kesempatan."
"I bukan nak ambil kesempatan, Afif. I cuma nak tenangkan you."
"Tenangkan? Tapi cara doktor cakap tu macam mintak isteri saya pergi je."
Dr Sakinah kaku. Nampak sangat ke aku nak macam tu? Ya Afif, memang I nak isteri you tu mati cepat. Harap la dia takkan bangun lagi dari koma.
KAMU SEDANG MEMBACA
Riverhawks High School
Teen FictionMikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster. Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai...