Malam itu selepas selesai makan malam dan solat isyak, mereka bermain game truth or dare. Itu adalah cadangan dari Ikhwan. Yang lain hanya bersetuju.
Seorang demi seorang terpilih dan kebanyakan mereka memilih truth. Tak ada seorang pun yang berani memilih dare. Kini tiba giliran Mikayla. Dia juga memilih truth.
"Okey, bagi aku tanya!" Ujar Ikhwan.
Mereka semua fokus ke arah Ikhwan dan Mikayla.
"Mika, kau suka Afif kan?"
Tersentak Afif dan Mikayla. Mereka saling berpandangan. Ikhwan, Ikhwan, tak ada soalan lain ke nak tanya?
Mikayla teragak-agak nak jawab. Ish, ramai ni. Takkan nak kena mengaku dekat sini?
"Okey, next!" Naz menyampuk.
"Ek'elleh, kau ni. Sabar la, Mika tak jawab lagi kan?" Tegur Aqmal.
Mereka masih menunggu jawapan dari Mikayla termasuk la Afif. Dia nak tengok juga Mikayla akan mengaku atau tak.
"Tak!" Jawab Mikayla.
Afif terpana. Dia cuba beriak selamba walau hatinya sedang sakit saat ini.
Macam tu kau ea, Mika?
"Okey, kita teruskan lagi!"
Faiq memecahkan suasana awkward yang tiba-tiba singgah tadi.
"Korang teruskan la. Aku ngantuk, aku nak tidur!" Afif bangun lalu masuk ke dalam khemah.
"Fif!" Panggil Faiq.
Ada yang memandang Mikayla, ada yang memandang tempat lain. Ada pula yang memandang Afif. Tiba-tiba saja suasana sepi sekali lagi.
"Tak apa la, masa untuk tidur. Esok kita akan buat aktiviti lain." Ujar Ikhwan.
Mereka bersurai. Masing-masing masuk ke dalam khemah. Ikhwan masuk ke dalam khemah yang dikongsi bersama Afif dan Zaqif.
"Fif!"
"Lepas ni, jangan jadikan aku subjek!" Ucap Afif.
Ikhwan tersentak. Zaqif yang baru masuk menoleh ke arah Ikhwan. Dia ikut terkejut. Tiba-tiba saja Afif nak naik angin. Dah kenapa?
"Fif, kau marah pasal tu ke? Aku sorry la. Aku cuma..."
"Cuma apa? Dah la, Wan. Kau tak perlu buat macam ni. Aku tak suka!"
"Fif, Wan kan cuma nak tolong kau. Kau nak marah-marah ni asal?" Zaqif menyampuk.
"Masalahnya, benda tu memalukan aku. Kau tengok dia jawab apa tadi? Macam tu je dia jawab, doe!"
Zaqif tersenyum nipis.
"Sesekali kau patut rasa kena reject. Baru kau tahu sakitnya macam mana!"
Wah... Deep betul kata-kata Zaqif itu. Terkena tepat di hati Afif. Tahu la selama ni dia dah banyak reject orang. Tak payah la nak mention ek?
"Betul. Sekarang kau dah rasa, sakit kan?" Sokong Ikhwan.
"Fine, aku kalah. Aku nak tidur!"
Afif berbaring membelakangi mereka berdua. Malas nak bertekak lagi. Dua lawan satu. Dah jelas-jelas la yang dua menang.
The next day...
Awal-awal pagi lagi mereka sudah bersiap untuk masuk ke hutan. Pagi itu mereka mengadakan aktiviti jungle trekking.
"Korang, aktiviti ni akan dibahagikan kepada empat team. Hitam, biru, hijau dan kuning. Team dah ditentukan ea? So, korang jangan mengada-ngada nak tukar!" Ujar Afif.
KAMU SEDANG MEMBACA
Riverhawks High School
Novela JuvenilMikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster. Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai...