Fifty Eight

100 9 9
                                    

"Aku minta maaf, Mika!"

Ayat itu berulang kali diucapkan oleh Shamim kepada Mikayla. Dia rasa bersalah kerana menyuruh Afif dan Mikayla pergi ke tempat itu sendiri.

"Kalau aku tak suruh kau dengan Afif pergi, benda takkan jadi macam ni."

Mikayla tersenyum hambar.

"Bukan salah kau la, Shamim. Afif yang buat pilihan tu."

"Tapi kalau aku cepat sampai, mungkin Afif masih ada lagi dengan kita sekarang ni. Aku gagal, Mika."

"Kita kena move on, Mim. Afif pun dah tak ada. Yang penting doktor gila tu dah kena tangkap. Aku harap hukuman dia tu setimpal la dengan apa yang dia dah buat." Kata Hazran.

Afieya menggosok bahu Mikayla. Dia faham apa yang wanita itu rasa. Dia bukan la rapat sangat dengan Afif tapi hingga hari ini dia masih terasa kehilangan walau sudah tiga hari Afif pergi meninggalkan mereka.

"Seorang-seorang orang yang kita sayang tinggalkan kita kan? Agaknya bila la giliran kita?" Mikayla menyoal sambil tersenyum. Namun jelas mata nya berkaca.

"Mika!" Tegur Afieya.

"Aku rindu dia, Fie!"

Empangan mata Mikayla pecah. Tak semena-mena air mata Afieya turut sama mengalir. Dia yang tidak dapat menahan sebak, meninggalkan mereka dan bergerak ke laman rumah. Dia tak sanggup melihat keadaan Mikayla itu. Dah la masih dalam pantang.

Iris pula yang mengambil alih duduk di sisi Mikayla dan memujuk wanita itu. Qeera juga turut berada di situ tapi dia hanya diam saja. Faiq bergerak ke arah Afieya di laman.

"Fie!"

Afieya menoleh sambil mengesat air matanya walaupun sudah terang dia menangis.

"Awak tak boleh tunjuk lemah depan Mika. Kalau awak pun macam ni, Mika apatah lagi. Awak kena kuat untuk dia, Fie." Pujuk Faiq.

"Sumpah saya tak boleh tengok dia macam tu, Faiq. Dia asyik sebut nama Afif je."

"Awak kena faham, dia baru je hilang Afif. Mesti la dia rindu. Siapa je tak sakit hilang orang yang kita sayang? Inshaa Allah, lama-lama dia okey la."

"Awak pun mesti rindu arwah kan?"

Faiq tersenyum sambil memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam poket seluar.

"Tipu la kalau saya cakap saya tak rindu dia. Kitorang kawan dah lama kut. Mana ada Afif, kat situ la ada Thunder. Tapi, sekarang. Dia dah tak ada kan? Rasa lain sangat!"

Afieya mengangguk faham. Dia pun rasa kehilangan apatah lagi Thunder. Mereka sudah berkawan lama dengan Afif. Selalu bersama dan kini mereka harus berpisah seperti ini.

"Kehilangan tu rasa yang sangat berat. Hanya orang yang betul-betul redha je yang boleh tahan perasaan tu. Jujur, saya tak termasuk dalam golongan tu."

Afieya membalas sepi kata-kata itu tapi dalam hati dia mengakuinya. Dia juga tidak termasuk dalam golongan itu. Semestinya.

                         ❤️❤️❤️

Aimi mendekati uminya yang sedang termenung sambil memeluk baju Afif. Dari sejak Afif meninggal lagi, Puan Safiya asyik duduk di bilik anaknya itu. Aimi duduk di depan uminya.

"Umi, dah la tu. Dah tiga hari abang pergi." Aimi cuba memujuk.

"Kenapa bukan umi yang pergi dulu, dik? Kenapa abang?"

"Umi, apa cakap macam ni?"

Aimi sedaya upaya menahan air mata nya dari tumpah di depan uminya. Dia perlu kuat walau hakikatnya dia bukan la kuat mana pun. Dia paling rapat dengan Afif. Kalau diikutkan dia la yang paling sedih.

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang