Forty

364 10 2
                                    

Hari demi hari berlalu dengan begitu pantas. Mereka telah pun menamatkan peperiksaan kertas akhir hampir tiga minggu yang lalu. Kini mereka semua berkumpul di cafe milik keluarga Syahril yang agak jauh dari ibu kota.

Afieya, Iris, Naz dan Izy juga turut serta dengan Thunder. Selepas saja tamat kertas akhir, Afieya sendiri yang datang dan confess tentang perasaannya kepada Faiq. Dia beruntung kerana Faiq dengan senang hati menerimanya.

Iris pula, sejak kes penculikan itu dia mulai rapat dengan Ikhwan. Ikhwan juga sudah mula membuka hatinya untuk menerima gadis itu.

Izy pula sudah bertunang dengan Ariq seminggu selepas tamat peperiksaan dan bakal bernikah sebelum keputusan kemasukan universiti keluar. Mereka sama-sama akan sambung belajar.

Afif dan Naz pula mula berkawan semula. Kawan ya? Cuma kawan!

Mikayla? Em, rasanya tak ada kut nak cakap pasal dia sebab dia dah hilang tanpa jejak. Tanpa khabar. Dia bagai sudah lenyap ditelan bumi.

"Korang dah apply mana-mana 'u' ke?" Soal Faiq.

Mereka angguk. Hanya Afif yang diam membisu di sisi Naz.

"Fif, kau?"

"Hah?" Afif terpinga-pinga.

"Kau nak pergi mana nanti?"

"Tak tahu la, aku ikut je mana takdir bawa aku."

Mereka saling berpandangan. Pasrah saja kedengaran suara Afif di telinga mereka.

"Kau jangan jadi bodoh ea, Fif? Jangan disebabkan perempuan tu, kau nak hancurkan hidup dan masa depan kau!" Ujar Aqmal tiba-tiba.

"Kau asal? Aku waras lagi la!"

"Dah tu, cakap macam pasrah je?" Kata Fahim.

"Mana ada. Banyak 'u' aku apply. Sebab tu aku cakap aku ikut je mana takdir bawa aku."

"Dalam ke luar negara?" Soal Ariq.

"Dua-dua!"

"Kalau dapat yang luar, jangan bawa diri sudah. Tahu-tahu je duduk sana terus." Ujar Ikhwan.

Afif tersenyum senget.

"Tengok la, aku pun memang ada niat macam tu." Balas Afif.

"Okey. Kalau yang lain dapat kat luar gak, jangan balik ea? Stay je kat sana terus!" Kata Ariq.

Afif tergelak kecil. Dia tahu Ariq saja menyindirnya.

"Relaks la, aku gurau je pun. Aku tahu salah seorang dari korang mesti ada yang akan ikut aku."

Mereka sekadar mengangkat bahu. Sah, memang ada. Siapa la agaknya?

Setelah lebih sejam mereka berbual, mereka mula membuat hal masing- masing. Ariq, Ikhwan dan Faiq duduk dengan pasangan masing-masing dan Afif duduk dengan Naz. Yang lain masih lagi berbual.

Afif bersandar di sofa sambil tangan nya ligat bermain game. Matanya fokus ke skrin telefon. Naz kebosanan duduk di sisinya.

"Afif!"

"Em!"

Afif menyahut tapi matanya masih tidak berkalih.

"Afif, dah la tu main game. Borak la dengan I, I bosan la!"

"Jap, last round!"

Naz menunggu dengan sabar. Hampir sepuluh minit jugak la nak tunggu Afif habiskan 'last round' dia tu. Naz bersandar di sofa. Afif meletakkan iPhone nya ke tepi selepas habis bermain game. Dia menoleh ke arah Naz.

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang