"Assalamualaikum!"
Encik Arif dan Puan Safiya menoleh ke arah anak sulung mereka yang baru masuk ke ruangan makan itu.
"Waalaikumussalam!" Jawab mereka.
Afif duduk di depan Encik Arif, abah nya. Nasi goreng disenduk ke dalam pinggan.
"Abang, umi nak cakap sikit ni!"
"Apa dia?"
"Wedding abang dengan Putri dua minggu lagi tahu?"
Melongo Afif yang sedang menyuap nasi goreng itu.
"Dua minggu?"
Puan Safiya mengangguk.
"Cepatnya, mi? Kata enam bulan lagi?"
"Umi dengan abah dah bincang dengan keluarga Putri. Korang pun dah lama sangat bertunang. Tak elok la dilewat-lewatkan lagi."
Afif memandang wajah umi dan abah nya bersilih ganti.
"Tak bincang dengan abang pun?"
"Dah abang tu sibuk sangat. Macam mana nak bincang? So, abang okey ke?"
"Penting ke abang okey ke tak? Umi dengan abah dah buat keputusan pun. Nak tak nak, abang kena ikut jugak kan? So, abang okey jelah!"
Puan Safiya tersenyum. Anak sulung nya itu memang takkan membantah kata-katanya. Lain la si bongsu tu. Ada je yang tak kena.
🌹🌹🌹
Dr Sakinah masuk ke dalam bilik staf dan matanya meliar ke arah meja Afif yang terletak di sudut. Kosong.
Aik? Tak ada? Mana dia pergi?
Sewaktu kakinya mahu melangkah meninggalkan bilik itu, dia terdengar bunyi deringan telefon dari arah meja Afif. Segera dia ke sana. iPhone di atas meja itu dilihat.
Mikayla.
Dia tersenyum sinis. iPhone itu di ambil dan dengan selamba panggilan itu dijawab. Tak tahu malu betul!
"Helo?"
Mikayla di sebelah sana tercengang. Dia melihat nombor yang dipanggil nya. Betul la aku call Afif kan? Tapi kenapa suara perempuan pulak ni?
Telefon kembali dilekapkan ke telinga.
"Helo? Siapa ni? Ini phone Afif kan? Mana dia?" Soal Mikayla.
"Oh, ya. Dr Afif tengah busy sekarang ni. Dia suruh saya pegangkan phone dia dan jawab semua panggilan untuk bagitahu yang dia sibuk."
"Hah?"
Mikayla bagai tidak percaya. Takkan la Afif suruh buat macam tu? Afif? Tak mungkin la kan?
"Sorry. Boleh I tahu siapa ni? Kenapa pulak tunang I suruh you buat macam tu?" Mikayla tak puas hati.
"Kalau tak ada apa-apa yang penting, cik boleh call nanti ya? Terima kasih!"
Talian diputuskan.
"Eh! Kej... What?"
Jap! Asal suara ni macam familiar je? Dr Sakinah? Yes, confirm tadi tu Dr Sakinah. Wah... Kau main kasar ea?
Dr Sakinah tersenyum senget. Padan muka kau. Puas hati aku!
"Doktor buat apa kat sini?"
Dr Sakinah tersentak bila melihat wajah Afif di muka pintu. Pantas di letakkan kembali iPhone milik Afif itu di atas meja.
KAMU SEDANG MEMBACA
Riverhawks High School
Teen FictionMikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster. Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai...