Forty One

365 8 4
                                    

Afif yang baru saja masuk ke dalam rumah itu dipanggil oleh uminya yang berada di ruang tamu. Dia mendekati Puan Safiya dan duduk di depan uminya itu.

"Ada apa, mi?"

Puan Safiya menghulurkan sepucuk surat kepada Afif. Afif menyambut dengan kerutan di dahi.

"Surat apa ni?"

"Surat untuk abang la!"

Afif melihat surat itu. Surat rasmi dari University of Manchester. Segera di buka sampul dan surat ditarik keluar. Setelah membaca isi surat itu, terukir senyuman di bibir Afif.

"Umi. Abang dapat, mi!"

Puan Safiya tersenyum.

"Ya, I know. Anak umi kan?"

Afif kembali meneliti surat itu. Tidak sangka dia diterima masuk ke universiti itu. Itu salah satu universiti impiannya sejak kecil lagi.

"Boleh umi cakap something?"

Afif angkat kepala.

"Umi nak cakap apa?"

"Tapi, umi harap abang tak marah la."

Afif tergelak.

"Kenapa pulak abang nak marah? Umi tak cakap lagi kan?"

Wajah Puan Safiya serius. Afif pula yang cuak. Perlahan-lahan mati senyuman di wajahnya.

"Umi?"

"Umi nak abang bertunang dengan anak kawan umi sebelum abang pergi Manchester!"

Berderau darah Afif mendengar kata-kata itu. Lagi?

"Mi, kan abang dah cakap abang tak nak." Balas Afif.

"Umi tak mintak pendapat abang. Umi cuma bagitahu je."

"Tapi ni kan melibatkan hidup abang. Umi tak boleh nak paksa abang macam ni. Tak adil la!"

"Adil ke tak adil umi tetap dengan keputusan umi. Kalau tidak, abang tak payah ke Manchester. Belajar kat sini je." Tegas suara Puan Safiya.

Afif hilang kata-kata. Umi dah mula nak ugut-ugut macam ni. Helaan nafas perlahan dilepaskan.

"Fine. Abang ikut je!"

"Good!"

"Anything else?"

Puan Safiya menggeleng.

"Abang naik dulu la, penat!"

"Okay. Thank you, sayang!"

Afif hanya tersenyum nipis sebelum memanjat anak tangga ke tingkat atas.

Ya, memang dia penat. Penat dengan kehidupannya saat ini. Dia masih belum terima Mika tinggalkannya. Ini di tambah pula dengan uminya yang mahu dia bertunang. Haih...

iPhone yang berada di atas meja di sisi katil itu berdering. Segera diambil dan dijawab.

"Helo!"

"Fif, malam ni on tak?" Soal Hazran yang berada di hujung talian.

"Tak kut, aku tak ada mood la. Esok jelah kita jumpa!"

"Okey!"

Selepas menamatkan panggilan, Afif mencampak iPhone itu ke tepi lalu dia merebahkan tubuhnya di atas katil.

The next day...

"Result dah keluar. Korang dapat kat mana?" Soal Faiq.

Riverhawks High SchoolTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang