Faiq yang baru keluar dari sebuah kedai telefon ternampak sepasang pasangan yang sedang bertekak di depan sebuah kedai serbaneka tidak jauh dari tempatnya berdiri.
Apa la? Macam budak-budak gaduh dekat tempat awam macam ni.
Baru saja kakinya hendak melangkah meninggalkan kawasan itu, dia seperti tersedar sesuatu. Dia kembali menoleh ke arah pasangan tadi dan matanya fokus kepada gadis itu.
Fie? Itu Afieya kan?
Niatnya nak biar je. Yelah, bukan hal dia pun. Buat apa nak masuk campur. Tapi bila melihat tangan lelaki itu sudah naik, dia mula bergerak ke sana. Dia memang pantang tengok lelaki nak pukul perempuan ni. Tangan lelaki itu ditahan.
Afieya yang tadinya menutup mata kembali membukanya. Tersentak dia melihat Faiq di depan mata.
"Faiq?" Ujar Afieya.
"Eh, kau siapa ni? Sibuk nak masuk campur urusan orang!" Kata lelaki itu bengang.
Mereka saling berpandangan dan tersentak sesama sendiri.
"Kau?"
"Kau?"
Afieya pula pelik melihat mereka.
"Korang kenal ke?"
Mereka memandang Afieya.
"Tak!" Jawab mereka serentak.
Makin berkerut dahi Afieya. Tadi nampak macam dah lama kenal?
"Dah la, kau blah. Jangan nak masuk campur urusan kitorang!" Kata Ilham, lelaki yang bertekak dengan Afieya tadi.
"Fie, dia ni siapa dengan kau?"
"Ex aku!"
"Hah, kau dengar? Ex je kan? So, kau la berambus!"
Ilham mencekak kolar baju Faiq. Faiq tersenyum sinis.
"Asal? Kau nak tumbuk aku? Sila la!" Faiq sengaja memanaskan Ilham.
"Ilham, sudah. Kau pergi la, aku dah tak nak ada apa-apa dengan kau."
"Fie, orang macam ni mana faham bahasa pun. Kau cakap la apa pun."
Serentak itu juga melayang satu penumbuk ke muka Faiq. Faiq terjatuh ke lantai. Afieya yang terkejut pantas mendapatkan Faiq. Pecah bibir lelaki itu.
"Faiq, kau okey ke?"
Faiq hanya angguk.
"Ilham, kau pergi sekarang. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi. Pergi!"
"Fie, jangan macam ni. Aku minta maaf kat kau. Please, bagi aku satu peluang lagi."
"Kau pekak ke? Aku cakap pergi. Kalau tak, aku telefon polis."
"Okey, aku pergi. Tapi aku akan datang cari kau lagi!"
Afieya membantu Faiq berdiri selepas Ilham berlalu. Faiq membetulkan bajunya yang ditarik oleh Ilham tadi. Bibirnya disentuh perlahan. Boleh tahan la sakitnya. Itu tangan ke batu?
"Kau betul okey ke?"
"Okey, sikit je ni!"
"Tapi berdarah bibir kau tu."
Faiq menyapu bibirnya yang berdarah itu. Afieya menarik tangan lelaki itu tanpa isyarat. Faiq tersentak.
"Weh!"
Mereka berhenti di sebuah taman.
"Duduk!" Arah Afieya.
Faiq hanya menurut.
KAMU SEDANG MEMBACA
Riverhawks High School
Teen FictionMikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster. Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai...