"Ya, umi. Afif dah boleh keluar hari ni. Em? Tak apa, umi tak payah datang. Ya, Putri hantar Afif balik. Okey, umi. Assalamualaikum!"
Mikayla menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg tangan.
"Dah, jom!" Ajak Mikayla.
Beg pakaian Afif dibawanya. Afif hanya mengekori keluar dari wad. Tiba di kawasan parking, mereka bertemu dengan Fiqri.
Serta merta pucat wajah Mikayla. Dia jadi takut selepas melihat wajah Fiqri. Afif yang tadinya berada di belakang Mikayla segera menarik gadis itu ke belakangnya. Pandangan Mikayla di tundukkan dari memandang Fiqri.
"Hai, lama tak jumpa. Korang masih bersama ea?" Sinis suara Fiqri.
"Sorry, aku tak ada masa nak jejak kasih dengan kau kat sini."
"Okey, jumpa lagi ya?"
Fiqri berlalu dengan senyuman sinis masih terukir di bibirnya. Afif mengepal tangannya, bengang.
"Dah, jom la!" Ajak Afif.
Mikayla mengangguk. Wajahnya masih pucat. Takut betul dia dengan Fiqri.
"Kita singgah satu tempat kejap!"
Mikayla menoleh ke arah Afif yang bersandar di sebelah.
"Mana?"
"Phone?"
Mikayla menghulurkan telefon bimbit nya kepada Afif. Afif menaip sesuatu dan meletakkan telefon itu di holder.
"Tu, ikut GPS!"
Berkerut dahi Mikayla memandang GPS itu. Mana tu? Macam jauh je?
"Awak tu kan baru sihat, awak nak pergi mana lagi ni? Balik terus tak boleh ke? Rehat lagi dekat rumah!"
"Ish, awak jangan membebel boleh tak? Runsing la kepala saya!"
Terus diam Mikayla. Mereka berhenti di sebuah tempat yang agak menarik bagi Mikayla. Ada ea tempat macam ni? Asal aku tak pernah tahu?
Sebuah cliff yang berlatarbelakang kan laut yang membiru dan padang rumput yang menghijau. Macam kat luar negara pemandangannya. Cantik sekali!
"Kita nak buat apa kat sini?"
"Keluar. Ada benda saya nak tanya awak!"
Afif keluar dulu dari kereta diikuti oleh Mikayla.
"Awak nak tanya apa?"
"Apa sebenarnya yang jadi lima tahun lepas? Kenapa tiba-tiba awak pergi?"
Mikayla terkedu.
"Jawab soalan saya atau awak takkan jumpa saya lagi!"
Mikayla masih membisu.
"Awak tak nak jawab? Okey. Tak apa la, saya balik sendiri!"
KAMU SEDANG MEMBACA
Riverhawks High School
Teen FictionMikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster. Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai...