Afif segera pergi ke tempat biasa yang dimaksudkan Zaqif tadi. Kelihatan di situ ada Zaqif bersama Shamim dan Syahril. Segera dia mendekat.
"Qif, apahal kau nak jumpa aku?"
Mereka bertiga menoleh serentak.
"Tu!" Tunjuk Zaqif ke luar sekolah.
Afif menoleh ke arah yang ditunjuk kan. Berkerut dahinya melihat beberapa pelajar lelaki yang memakai seragam HoverBee High School sedang menganggu pelajar perempuan sekolahnya. Afif mulai panas.
"Budak Nightmare ke?" Soal Afif.
Zaqif angguk.
"Haz dengan Fahim dah warning diorang tadi tapi, diorang tak dengar. Kau tahu la Haz dengan Fahim tu macam mana kan? Diorang hampir nak bertumbuk tadi tapi, nasib Ariq dengan Syah sempat halang diorang. Kalau tak, kecoh dah." Ujar Shamim.
Syahril hanya mengangguk. Mujur la dia dan Ariq nampak Hazran dan Fahim tadi. Kalau tidak, memang sah sekolah ni kecoh pasal diorang.
"Yang lain mana?"
"Makan!" Jawab Zaqif.
Afif angguk.
"Kau ni tadi dari mana? Kejap je dah lesap?" Soal Syahril.
"Aku ada hal la tadi."
"Hal apa lagi kau? Dengan Mika la kan?" Tebak Shamim.
Afif tidak jawab.
"By the way, ni apa cerita?"
Shamim tidak mahu memanjangkan topik itu. Tak penting pun, dia mahu straight to the point saja.
"Bila kau tengok macam ni, apa kau rasa?" Soal Afif kembali.
"Bengang la, kita tak kacau dia pun."
"Yes, that's the point. Kita balas balik."
"Maksud kau? Kau nak kita ganggu budak perempuan sekolah diorang pulak ke macam mana?" Soal Zaqif.
"Bukan macam tu la. Tak kuasa aku nak buat macam tu."
Mereka bertiga angguk. Betul la tu. Budak perempuan sekolah ni yang tergila-gilakan Afif pun, Afif tak layan. Lagi dia nak ganggu budak perempuan sekolah lain? Lambat lagi!
"Then? What's your plan?" Soal Syahril pula.
"Hujung minggu ni, kita jumpa diorang. Aku bengang betul la dengan orang yang suka mungkir janji ni." Jawab Afif.
Mereka mengangguk setuju.
"Kau nak buat apa, Fif? Nak belasah diorang?" Soal Syahril lagi.
Afif terdiam seketika mendengar soalan Syahril itu. Serta merta otak nya teringat kata-kata Mikayla.
"Afif, awak nak tahu tak apa yang paling saya tak suka?" Soal Mikayla.
"Apa dia?"
Mikayla pandang Afif.
"Saya paling tak suka dengan nama nya keganasan. Tak kisah la gengster ke pukul orang ke. Saya benci betul."
Afif terkaku. Aku ni termasuk dalam kategori tu ke?
"Habis tu, macam mana kalau saya pukul orang untuk selamatkan awak atau maybe selamatkan orang lain ke. Itu pun awak tak suka ke?"
"Benda boleh selesai tanpa mengguna kan kekuatan fizikal kan?"
"Tak semua benda semudah yang awak ingat, Mika. Manusia zaman sekarang, awak takkan pernah tahu diorang macam mana. Lagi berlembut lagi tu diorang pijak kepala kita."
KAMU SEDANG MEMBACA
Riverhawks High School
Teen FictionMikayla Azwa, pelajar yang baru saja berpindah masuk ke sekolah itu pada sesi persekolahan yang baru. Sangat tidak suka dengan namanya pergaduhan atau seumpama gengster. Afif Firdaus, si ketua pelajar yang di luar sebenarnya kaki gaduh dan mempunyai...