🌸 : Chapter ni ialah POV Naim pada 10 tahun akan datang. Naim berumur 26 tahun.
"Sadaqallahul'azim..." Aku tutup Al Quran dan menciumkannya di dahi, hidung dan dada sebanyak tiga kali. Doa khatam Al-Quran habis dilafaz di bibir. Kemudian Al-Quran diletakkan balik atas meja, sebelah rak stationery.
"Naim." Aku toleh pada empunya suara tu yang tengah duduk atas katil dia. Camne nak describe katil dia ek? Bantal tu belum masuk penuh lagi sarung dia. Selimut pula macam baru kena tibai.
"Ape?"
"Kau petang ni free tak?" Dia masukkan beberapa buah buku ke dalam beg galasnya tanpa pandang aku.
Aku geleng kepala. "Tak. Aku lawat adik nanti."
"Hmm, hari ni tak dapatlah... Takpelah. Kirim salam dengan adik kau tu."
Aku toleh ke Jahid, senyuman sinis dilontarkan pada dia. "Apa tadi?"
"Ha'ahla, kirim salam. Semoga dia cepat sembuh. Amiin..." Jahid mula gelabah, tapi dia cuba sembunyikan kegelabahan dia itu dari bakal abang ipar dia. Suka, tapi tak mengaku. Tunggu dia nanti, masa Fisa sembuh.
"Okeylah, Hid. Aku nak pergi ni." Beg slang hitam di kerusi aku galaskan di belakang badan. Aku melangkah ke pintu rumah, dan sarungkan kasut jenama 'crofs' aku. Ketika aku nak pulas tombol pintu, soalan Jahid mematikan perbuatan aku.
"Eh, jap-jap. Member kau hari tu apa cita? Dah jumpa ke belum?"
Aku pandang Mujahid dengan hampa sebelum pandang lantai balik. Cakap fasal tu, hanya satu jawapan aku.
"Belum."
❤️
Bunga lili di atas meja dipandang kosong. Kemudian pandanganku beralih pada sebuah figura yang sedang tersenyum di atas katilnya. Di kedua-dua tangannya sarat dicucuk dengan jarum. Aku yang tengok ni pun dah rasa sakitnya, apatah lagi kalau dia yang merasainya.
"Hmm... abang..." Sepasang mata itu aku tatap dalam-dalam. Tangan kanannya digenggam erat. Dia menyambung lagi cakapnya.
"Fisa rasa... hidup ni dah tak lama..." Matanya sayu memandang.
"Jangan... Fisa jangan cakap macam tu. Abang tak suka." Aku cuba pujuk dia.
"Tapi abang. Semuanya ketentuan Allah , kita tak dapat lawan."
"Fisa, kalau ajal belum sampai... please, jangan cakap macam tu. Kalau ketentuan Allah, Fisa dapat hidup, kita pun tak dapat lawan. Cuma Fisa... jangan mengalah dulu. Selagi hayat dikandung badan, Fisa..." Aku cuba tahan air mata yang gugur. Hati siapa tak luluh bila adik dia asyik luah nak mati, nak mati, nak mati.
Aku kembali pandang dia. "Lagipun, ada seseorang yang sedang menanti Fisa." Wajah Fisa berubah. Dia yang tadi diam sebab kata-kata aku kini pandang aku balik.
"Hmm... Abang Mujahid ke?" Aku angguk laju. Mengharapkan respon baik dari dia. Berpeluh-peluh tangan aku, tapi tisu tak ada.
Mengharapkan dia tak cakap lagi tentang hidup tak panjang. Mengharapkan dia fikir mendalam. Fisa tersenyum manis. "Kalau sempat, Fisa setuju je. Cuma..."
"Okey, nanti Abang beritahu dia." Aku terus potong cakap Fisa. Ya Allah , tolonglah. Tolonglah jangan beritahu mati lagi...
"Eh- jangan dulu. Tu- tu, nanti Fisa fikir lagi. Orang belum habis cakap lagi!"
Alah, cemas pulak aku sekarang ni.
"Aaa... habiskanlah." Aku rapatkan kerusi ke sisi katilnya.
"Fisa cuma rasa, Fisa tak perlu merasai cinta manusia. Cukuplah hanya Fisa mencintai Allah . Cukuplah. Fisa mencintai orang tapi bukan dicintai. Please, Abang... Fisa, redha dengan keadaan ni. Fisa cintakan Abang, Kak Fiqa, adek dua orang ni, dan Umi dan Ayah. Tu je, cukup.
Sebab Fisa nak cari cinta Allah SubhanAllah Ta'ala. Fisa nak merasai ketenangan dalam mencintaiNya." Setelah kata-kata tu terluah, lidah aku kelu untuk berkata.
Cukuplah untuk mencintai Tuhan.
Aku tergamam dan terkaku. Aku meraup wajah.
Ya Allah , aku rasa sangat berdosa sebelum ni. Aku... aku fikirkan seseorang, tapi hak Allah iaitu Tuhanku aku tolak tepi. Bertapa lalainya aku dalam mengejar cinta manusia.
Aku lupa bahawa dalam mencari seseorang untuk dicintai, aku perlu bergantung pada Allah, ya Rabbi.
Astaghfirullahal'azim... Alpanya aku... Sebak terasa di hati, tapi tidak mampu dikeluarkan.
"Abang? Abang okey?" Tubuh aku digoncang kuat tiba-tiba.
Ah. Baru aku sedar. Sekarang aku di dalam hospital. Aku tatap Fisa dengan wajah ketat. "Terima kasih, Fisa... sebab sedarkan Abang."
Fisa terdiam sesaat dan tenung aku pelik. Aku balas tenungannya dengan gelengan kepala. Tak apalah, biar dia kekal tak tahu apa-apa.
Dah nak habis masa ni. Aku angkat dari kerusi. Jam di tangan dikerling. Pukul lima petang."Abang nak balik ni. Abang akan lawat Sarawak nanti. Ada nak kirim apa-apa ke?" Aku minum seteguk air kosong.
"Ada. Kirim kakak ipar satu. Ehehe."
Pfft! Tersedak vitamin scoch aku. "Eh, ke situ pulak. Abang ni? Bila nak dapat adik ipar?" Aku balas usikan dia. Fisa mengembungkan kedua pipinya. Ingat comellah tu, hahaha.
"Yelah, yelah. Adik kirim pes laksa dengan kek Lapis Maira. Gurau pun tak boleh!"
Apakah, dia pun sama. Ada hati nak gurau kita macam tu.
"Oh ya! Abang! Abang tau tak mana akak Nezuko?" Langkah kaki aku ke pintu wad terhenti. Aku tak jadi bukak pintu, sebaliknya berjalan balik ke budak ni lagi.
Akak Nezuko? Nezuko betul-betul wujud ke?!" Kalau betul dia wujud, kenapa tak kecoh pun dunia? Mana Taijiro? Mana Giuu? Mana Shinibu? Where? Where?
"Ish, bukanlah! Eh, abang ni. Ingatkan memori tu dah pulih 100 peratus, rupanya ada benda lagi dia sangkut!" Fisa peluk tubuh dan tayang muka pelik dia. Haih, startlah tu nak ungkit balik.
"Ye, ye, hal tu abang blur. Siapa Nezuko tu? Dia wujud ke?" Aku putus asa untuk berfikir lagi. Berbelit dah rasanya otak aku.
"Kak Fiqalah! Takkan dah tak ingat? Pengawas yang nampak je lembap, tapi bila dia marah... habis semua-muanya dia hentam!"
Hm, kalau si Nezuko tu tahu dia kena panggil lembap, aku pun tak tau siapa menang nanti. Fisa ke dia.
"Fiqa? Sejak bila Fisa panggil Fiqa kakak pulak?" Pelik tau? Adakah adik kitorang yang umur 14 tu dia panggil kak? Adik aku tepuk dahi macam main tepuk amai-amai. Walaupun sakit, dia masih lagi aktif bergerak. Sekali pandang bukan macam pesakit pun.
"Dahlah abang. Tunggu Abang dah ingat semua, nanti pandai-pandailah Abang cari dia." Melalui nada suara dia, aku rasa dia dah fed uplah tu layan aku. Hm, bukan aku nak macam ni.
"Hmm... ok. Aamiin... dahlah, Abang balik dulu. Jaga diri tu baik-baik." Tangan dilambaikan pada monyet kesayangan.
"Ye, Abang pun sama. Jaga diri jugak. Jangan stres-stres, nanti jadi orang lain. Assalamualaikum..."
"Wa'alaikumussalam." Aku tutup pintu wad dan melangkah perlahan ke tandas. Aku hampiri sinki. Wajah yang terpantul pada cermin, yakni wajah aku, aku tatap. Aku tersenyum hambar.
Ayat Fisa yang terakhir tadi membuatkan aku terfikir sendiri. Jangan jadi orang lain?
Tak janji tu. Sebab, aku.. entahlah.
Hm.
"Kau... masih hidup ke?"
❄️▫️▪️◽◾🟥🌸🟥◾◽▫️▪️❄️
Maaf lama sangat tak update huhu... macam sekali seminggu je ye? By the way, selamat tahun baru! Hanra mintak maaf sepanjang jadi kawan takrang,okey? huhu..
Sepilah cerita ni. apa kata takrang spam? hehehe
❄️▫️▪️◽◾🟥🌸🟥◾◽▫️▪️❄️
YOU ARE READING
Kambing On Nut ✓
Teen Fiction𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘒𝘈𝘔𝘖𝘕, 2020 Melihatkan sekeping gambar itu, cukup mengingatkan aku tentang seseorang. Peristiwa 10 tahun lalu masih segar bugar di kepala. Bagaikan sebuah layar filem yang sentiasa dimainkan. Gagal melindungi dia, bermakna...