41~🙈

13 5 0
                                    

"Auf! Auf!" 

Pedal basikal ditekan kuat-kuat. Aku kayuh basikal dengan kelajuan yang tak pernah dibuat pun seumur hidup aku.

Stereng basikal pula digenggam ketat-ketat. Sesungguhnya, aku memerlukan kekuatan fizikal dan mental untuk melepasi halangan ini.

Cepatlah, Fiqa!!!

Aku toleh belakang lagi. Anjing bark-bark tu macam dekatnya macam dah satu meter dari aku. Ya Allah , lajunya dia kejar aku!

Apa salah aku pada kau sampai kau nak kejar aku begini, hah?!~

Aku belum sempat nak U-turn lagi, dia dah kejar aku macamlah aku ni daging!

"Augh! Augh!" Makin lama, makin dekat bunyi anjing tu menyalak!

AAA! HABISLAH AKU, LABU!!

KAU JANGAN KEJAR AKU LAH, ANJING!

Zup! Tanganku direntap kasar. Automatik basikal brek mengejut.

Aik, hantu mana pulak berani nak tegur aku ni. Dia tak takut ke malam-malam macam ni?

"Syafiqah!" Kedengaran seperti suara manusia memanggil aku.

Eh? Suara manusia? Aku pandang tangan yang merentap lengan aku tadi. Kemudian aku pandang pula si tuan punya tangan misteri.

Aku tengah berebut nak lari dari anjing, tapi kau sedap-sedap je eh pegang aku? Memang manusia nak makan tangan ni!

"A-Abang Luqman?" Terus membulat mata aku sebaik saja memandang dia. Kenapa dia ada kat sini?

Eh, jap. Alamak! Aku mana sempat ambil mask masa keluar tadi! Jumpa Abang Luqman pulak! Habislah aku!

"Lambatlah kau kayuh! Nasib baik anjing tu berhenti sekejap." Abang Luqman tunjuk anjing di belakang. Aku sempat tengok dia dulu sebelum tengok anjing tu. Wah, nasib baik Abang Luqman pakai mask.

Anjing itu kelihatannya seperti baru saja jatuh. Ooo... kesian.  Patutlah Abang Luqman selamba je tegur aku-

Eh, Abang Luqman? Automatik aku merasakan bahang menyelubungi seluruh wajah aku.

Alamak... crush aku, ini bukan masa sesuai untuk kau ada kat sini.

Tiba-tiba, hood jaket aku ditarik dari belakang. Aku terundur sedikit ke belakang sehingga terduduk di tempat pembonceng. 

Abang Luqman pula tiba-tiba duduk di depan aku tadi.

Eh eh, jap. Dia ingat, dia nak buat apa ni?

"A- Kitak-- Kau nak buat apa?!" Soal aku dengan cemas. Abang Luqman tidak membalas soalan itu.

"Kita akan turun tangga selepas ni!" laung Abang Luqman. Walaupun bunyi angin mengganggu sedikit, tapi suara Abang Luqman dapat didengari secara kabur-kabur.

"Apa?! Turun tangga guna basikal ke?!"

Aku kaku dan sedikit terkesan. Bukan sebab dia tiba-tiba ambil alih basikal aku, tapi sebab dia...

"Abang! Jangan kayuh laju sangaaaaaaaaaaaatttttttttttt--" Belum habis lagi ayat aku, basikal ini sudahpun mula menggelungsur di tangga, yang begitu curam!!!

Aaa... habislah aku! Dia bawa terlalu laju sampaikan aku rasa nyawa aku dah nak tercabut! 

Duk! Duk! Bergegar sudah basikal ini dibuatnya.

"Pegang kuat-kuat, Fiqa!" Jerit Abang Luqman.

NAK PEGANG KAT MANA? DUDUK BELAKANG NI BUKAN ADA PENYOKONG PUN!

Makin lama, makin kuat gegaran. Itu menunjukkan sudah berapa banyak anak tangga kami lalu!

Duk! Duk! Duk! Duk! Duk! Duk! Duk!

Dan akhirnya, basikal ini terjatuh juga di dasarnya.

🙈

"Brek dia memang dah tak dapat guna lagi," Akhirnya aku memberitahu. Jelas terpancar wajah kecewa pada Abang Luqman.

"Lah... rupanya..." Dia bermain-main dengan pedal basikal. Mungkin bosan. Ataupun mungkin sedang marah.

Yelah, sebab tadi dia kata dia confident je nak brek basikal masa tiba di tangga. Tapi sebab brek ni tak berfungsilah buatkan basikal ni terjatuh.

"Nah, mask. Kenapa kau tak pakai mask?" Mask itu dihulurkan pada aku. Aku ambil tersipu-sipu malu. Hm.

"Nak buat apa sekarang ni?" soal aku.

"Entahlah. Tunggu siang hari kut," balas Abang Luqman selamba.

Haih... tahulah dia tu geram. Tapi janganlah sampai macam ni semangat dia hilang.

Sebenarnya di tangga yang kami jatuh tadi, ada lubang di bawahnya. Kami tak perasan, sebab itu sampai ke sini sudah kami. Basikal pun rosak.

Nasib baik lubangnya tak dalam. Jadi kami tak cedera. Cuma basikal yang cedera.

Aii... basikal BMW aku...

Sebenarnya kami terperangkap dalam lubang ni. Tak dapat panjat, sebab lubang ni dalam sikit. Urgh.

Dahlah malam ni. Nasib baik aku 'bendera jepun'. 

"Kau, ada cadangan tak?" Nak tak nak, aku toleh juga ke Abang Luqman. Mood dia tadi lain macam. Seram aku.

Sekali lagi soalan aku tak terjawab.

Rupa-rupanya, dia tengah solat. 

Tadi bukan dia di depan basikal ke? Tiba-tiba terus solat. Eh, jap. Dia ada ambil wuduk tak tadi? Err, apa-apalah. Bukan hal aku.

Dan aku kembali duduk, menunggu sehingga Abang Luqman selesai solat.

"Meow?" Sesuatu menggesel di paha aku. Eh! Apa tu?

"Pusak?" ( kucing? )

"Kenak kitak ada kat sitok?" soalku pada kucing itu. Comelnya rupa dia. Pupil mata dia membesar waktu malam begini.

"Meow~" Kucing itu mengiau manja.

"Ha, ye. Ada apa?" balas aku dengan manja juga. Aku suka kucing!

"MEOW!" Kucing itu melompat atas wajah aku, membuatkan aku terbaring ke belakang.

"Sakitlah!" Aku terjerit kecil. Selepas melompat atas aku, dia mendarat di sebelah kepala aku. "Kenak ngan kitak?" soalku sedikit geram.

Entah dari mana datangnya, ada macam tali di mulut kucing itu. Aku duduk setelah terbaring tadi. Tali di mulutnya itu aku ambil. 

Ini bukan tali, ini macam tumbuhan yang memanjang tu.

Aku cari punca arah datangnya tali ini. Ia menuju ke sebuah lagi lubang mini yang terdapat di dalam lubang ini. Senang nak cerita, lubang tu macam terowong kecil yang muat untuk seorang saja berjalan di sana.

Tanpa buang masa, aku cuba untuk masuk ke lubang itu. Baru dua tiga tapak melangkah, dah ada yang tarik dari belakang.

Nasib baik tarik hood jaket je. Kalau dia tarik lagi lengan aku, hah makan penumbuklah dia malam ni.

"Sana gelap. Jangan pergi!" pesan Abang Luqman.

"Err... nak pergi tengok je. Mana tahu ada jalan keluar?" Sempat aku menjeling ke arah hood jaket, untuk memberitahu dia agar lepaskan hood tu.

"Oh, sorry." Abang Luqman cepat-cepat tarik tangan dia dari hood aku.

"Sikpa."

Err... urm...

Kenapa aku tengok Abang Luqman kejap ada satu kepala, kejap ada dua kepala.

Siap bergegar lagi tu. Hahaha! Kelakarlah!

Eh, apa aku merepek ni?

Urm... ahaha! Kenapa kepala dia ada dua eh? Urgh, dan kenapa kepala aku sakit ni?

Sekeliling hitam dan terusmenerus  hitam.

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now