52~❤️

7 4 0
                                    

Songkok di atas rak buku aku pandang sepi. Dah lama tak pakai songkok. Sejak aku masuk kelas Sains, aku dah tak sentuhnya. Sebab kelas Sains tak boleh pakai songkok.

Aku pakai songkok dulu sebab aku masuk aliran agama. Tahu kan?

Setengah jam lagi sebelum persekolahan bermula. Aku masih lagi termenung dalam bilik sendiri. Perbualan antara aku, Ustazah Ainul dan Nadia masih terngiang-ngiang masih terngiang-ngiang di kepala.

Semalam aku tumpang Nadia untuk balik rumah. (Nadia cousin aku.) Aku ceritakan apa yang aku rasa tentang adik aku tu pada diorang. Sebab selain keluarga aku, aku turut percayakan mereka.

Flashback.

"Naim, Ngah dengar... kamu dah jumpa adik kamu?" Mak Ngah memulakan perbualan. 

Terkejut aku! Macam mana Mak Ngah tahu? "Umi ceritakan kat Mak Ngah ke?" 

"Ha'ah. Jadi, dah jumpa belum?" 

"Naim pun tak pasti lagi sebab Naim rasa je," jawabku.

"Harapnya kamu dapat jumpa. Mak Ngah rindu sangat dengan adik kamu yang seorang tu. Apalah penculik tu nak sangat dengan dia." Mak Ngah seolah-olah melepaskan geramnya.

"In shaa Allah . Aamiin ya Rabbal Alaamiin ... terima kasih, Mak Ngah."

❤️

Aku perlu cepat cam dia! Aku perlu kenal pasti adik aku, dan aku perlu tanya dia. Sebelum apa-apa yang buruk berlaku. Peluang ada di depan mata, jangan dipersiakan.

"Naim, jom masuk barisan bersama." Seseorang tegur dari belakang. Ternyata itu Latif. Aku tanpa berfikir lagi terus ikut dia. Kami masuk barisan sebelah-menyebelah. Aku belah kanan, dia di kiri.

Dalam beberapa minit kami menunggu giliran untuk scan suhu, tiba-tiba ada cikgu buat isyarat lambai-lambai memanggil aku.

"Eh, Naim. Cikgu Auliya panggil kaulah!" Latif rupa nak siku aku, tapi dia tarik balik tangan. Dia cuma beritahu guna lisan.

"Nampak, thanks!" Aku pun keluar dari barisan. Nampak macam nak potong orang tapi sebenarnya aku nak ke Cikgu Auliya.

"Kenapa cikgu?" soalku.

"Kamu tolong cikgu scan suhu kejap. Nah, cikgu scan kamu dulu." Alat pengesan suhu didekatkan pada dahi aku. 

"36.7, suhu sihat," bunyi alat pengesan itu. Alhamdulillah , nasib baiklah tak demam. 

"Ambil sticker ni dan tulis suhu kamu. Lepas tu tolong cikgu scan diorang kejap, cikgu ada something nak kena urus," terang cikgu itu. Aku terus bersetuju.

"Pergi dobi sana."

"Baik, cikgu." Aku melekatkan sticker yang sudah ditulis suhu pada necktie. Alat pengesan suhu pada tangan Cikgu aku ambil. Segera aku menuju ke lobi.

Sebaik sampai, betapa ia mengejutkan aku. Ada nampak sebahagian meja seperti tunggang-langgang. Kedengaran pelajar-pelajar dalam barisan berbisik, "Eh, tu mesti Kak Nezuko hentam tu. Tu yang bersepah meja."

"Gilalah wei. Jangan dicari fasal kakak senior tu. Nanti habis necktie kita ni kena tarik sampai tercekik!"

Aku menelan air liur. "Ish, nasib baiklah ngan aku dia tak pernah macam tu." 

Aku menuju ke sebuah meja yang terletak di depan barisan budak-budak berbisik tadi. Cikgu mungkin suruh aku scan suhu kat sini. Okeylah, aku duduk kejap hingga cikgu datang.

"35.7, sejuknya anda."

"35.2, eh ni duduk tinggal kat kutub ke?"

"37.4, hampir nak demam, isshhh!"

Canggih sudah alat pengesan suhu sekarang. Punyalah banyak komen bila jumpa suhu-suhu budak yang tak normal. Sama ada terlalu rendah atau terlalu tinggi.

Sehinggalah sampai ke seorang budak perempuan ni. Budak form 2, yang aku rasa rapat dengan si Syafiq(ah).

Dia pandang aku dengan pandangan blur. Aku... macam kenal pandangan tu.

Ya, inilah peluang aku nak tanya kejap. 

Aku memulakan langkah pertama. Alat pengesan yang aku pegang aku scan suhu dia. 

"36.5, suhu normal."

Aku hulur sticker pada dia untuk dia tulis suhunya. Aku segera ambil peluang untuk tegur dia.

"Dik..." Kata pertama dihulurkan. Tapi nyata gagal, sebab aku pula kena tegur.

"Eh, Naim! Tak perasan pulak kau kat sini!" Suara menengur itu datangnya dari barisan sebelah Nafisah. Aku menoleh ke dia. Dan lagi mengejutkan, orangnya itu Iqbal.

Orang yang hina sekolah ni. Eh, apa hal dia kat sini? Dia kan tak suka sekolah ni, pandang jengkel sekolah ni...

"Hahaha..." Aku hanya gelak.

Dan tanpa aku sedari, rupa-rupanya budak form 2 tu dah berlalu pergi. Dia pergi masa si Iqbal tegur aku. 

Alahai... tak apalah. Lain kali aku tanya. 

❤️

JAM 13:30, MASA PULANG

Sekali lagi, aku guna jalan lobi untuk pulang. Lah, lobi yang ada lokar tu. Lobi yang menjadi tempat aku jatuh depan orang tuh. Walau begitu, aku tetap guna jalan lobi sebab aku suka guna jalan lobi.

Tengah aku berjalan, aku terserempak dengan Syafiq(ah). Kalau aku kata Syafiq, korang terus set tu Syafiqah Syahiralah. Syafiqah yang seorang tu pindah tak silap aku.

Kali ni, Syafiq bukan berseorangan. Di sisinya ada budak form 2 tu. 

Bagus.

"Syafiq." Aku seolah-olah memanggil.

"Dah-dah gik panggil aku Syafiq boleh sik? Maok kasut?" Nada Syafiq(ah) kedengaran geram dan mengugut. Aku menggeleng.

Aku buat isyarat dia ke mari. Dia buat muka bengang. Ai.. sini jap.

"Kenapa?" soalnya.

Masa tu, budak form 2 tu pandang tempat lain. Jadi ini peluang aku.

"Kau pergi kejap boleh? Aku nak cakap personal kat budak tu." Aku berbisik perlahan.

"Apa?"

"Shh... jangan bising! Aku nak minta kau pergi jap. Nak cakap ngan budak tu."

"Lah, okey okey. Jangan lama-lama kau."

Aku hanya mengangguk. Syafiq(ah) pun berjalan meninggalkan kami. Setelah itu, aku berjalan ke budak form 2. Dia menoleh dan nyata terkejut dengan kehadiran aku di depannya.

Aku tahu nama dia Nafisah. Sama bermula huruf 'N'. Ia menguatkan sangkaan aku bahawa dialah adik aku yang hilang dulu.

"Nafisah ada abang tak dulu?" tanyaku terus.

Budak tu berkerut. Tetapi tetap menjawab, "Ada. Abang Iqbal, yang tegur kau pagi tadi," jawabnya. 

"Ouh. Boleh abang tahu apa nama ayah Nafisah?" soalku lagi.

"Kenapa nak tau?"

"Sebab, abang nak cari adik abang yang dulu." Jujur aku menjawab, agar dia faham. Agar dia cepat mengaku terus.

"Maksud?" soalnya pula.

Belum sempat aku jawab, Nafisah telah dipukul di kepala dari belakang oleh seseorang. Aku nak selamatkan dia, tapi tak sempat. Sebab...

Dunia aku mula hitam...

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now