46~🙈

17 4 0
                                    


"Fiqa." Panggilan ayah membuatkan aku menoleh ke arahnya. Tanganku yang bergerak untuk menulis tadi terus terhenti.

"Ya, Ayah?"

"Ummi Ayah dah mok balik tok." 

"Eh? Balik? Ummi ayah sik berambeh sitok?"

"Fiqa jak berambeh sitok. Ayah ngan ummi ada hal di sinun, jadi nenek akan jaga kitak."

Bagaikan berhenti sekejap jantungku dibuatnya. Aku lantas berdiri dan bergerak ke ayah.

"Dah, cepat salam Ummi. Mekrang kenak pulang sebelum Maghrib," kata Ayah. Aku dengan mahu tak mahu menghulurkan jua tanganku.

Berita mengejutkan apakah ini? Tak silap aku masa Ayah kata kami pulang ke kampung, takde pun dia kata aku seorang je tinggal di sini bersama nenek.

Ayah, jangan buat saya macam ni. Sudahlah rupa-rupanya, nenek yang aku sangkakan tu nenek aku rupanya nenek kepada Naim. Dahlah Naim dan keluarga dia ada kat sini. Allahu Akbar , tak sanggup aku nak tebalkan muka setiap kali bertembung dengan mereka.

Setelah Ayah habis 'berleter', aku bertanya pula di mana Ummi. Ayah kata Ummi sedang mengemas barang di bilik nenek untuk dibawa ke tempat urusan nanti. Itu membuatkan aku segera ke bilik nenek.

Pintu bilik sudah sedia terbuka. Aku mengintai sedikit. Nasib baiklah bilik Naim ngan keluarga dia di tingkat dua. Bilik nenek di tingkat satu, ha selamat sikit.

Tujuan aku hanya satu. Untuk bersalam dengannya. Jika tak dapat salam pun, sekurang-kurangnya aku nak bertemu dengan Ummi sebelum dia pulang.

Terlihat Ummi sedang membongkok sedikit tatkala sedang menyusun barang-barang di sebuah beg ini. "Erm... Ummi..." panggilku perlahan.

Perbuatan Ummi terhenti. Itu membuatkan jantung aku semakin berdegup kencang. Lalu Ummi menoleh. Itu pula membuatkan jantung aku hampir tercabut dari tangkainya.

Ya Allah , aku takut...

Engkau permudahkanlah urusan ku ini, ya Allah . Sesungguhnya, Engkau sajalah yang dapat memakbulkan segala doa yang baik...

'Ah, berani kan diri Fiqa. Ummi kau nak keluar tu, takkan kau nak lepaskan peluang ni nak berbaik dengan dia?' Tegur sisi dalamanku yang baik.

Perlahan-lahan aku berjalan menghampiri Ummi. "Erm... nak salam..." Aku sudah sedia menghulur kedua-dua tangan.

Ummi diam tiada sebarang respon.

Aku perlahan-lahan angkat kepala. Ya Allah , gementar habis diri ini. Agak-agaknya hidup ke tak aku selepas ni?

Tik!

Wajah tua Ummi aku pandang. Setitis demi setitis air matanya gugur. Lantas tubuhku ditarik erat ke rangkulan pelukan si ibu.

"Fiqa iboh buat macam tok gik okey?" Nada Ummi mendayu membuatkan aku begitu terkejut. Kepala aku diusap. Dalam pelukan, aku turut merasakan kebasahan air mata Ummi yang menitik pada pipi aku.

Aku tanpa buang masa lagi, terus membalas pelukan Ummi. Aku peluk ketat-ketat, seperti ketatnya seorang budak peluk teddy bear favourite diorang.

"Um... Ummi... maafkan kamek... kamek janji sik buat macam ya gik, tapi mek buat gik..." Tanpa tertahan-tahan, aku menangis juga di dalam pelukan Ummi. 

Kambing On Nut ✓Where stories live. Discover now