"Murid-murid, seperti yang dimaklum, hari ni adalah hari terakhir Syafiqah Umairah di sekolah kita. Nya akan pindah sekolah. Jadi kalau ada apa-apa ucapan atau hadiah boleh beri kat dia sekarang, ya?" Hari ni nada suara Cikgu Amalia kedengaran tidak tegas seperti selalu. Seperti nada sedih.
Ya... sedihlah orang dah nak pindah. Takkan happy pulak.
"Syafiqah Umairah... kamu ada apa-apa nak diucap?" Pandangan Cikgu Amalia tertumpu ke Syafiqah Umairah. Syafiqah Umairah mengangguk sebelum berdiri. Lalu dia berjalan menuju ke depan kelas.
"Terima kasih Cikgu sebab beri saya peluang berkata-kata. Assalamualaikum, kawan-kawan. Saya, Syafiqah Umairah nak ucap terima kasih banyak-banyak sebab sudi jadi kawan saya. Sudi anggap saya sebagai classmate kalian. Saya doakan semoga kalian sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah Ta'ala , dan pelbagai lagi kebaikan untuk kalian. Aamiin ya Rabbal Alaamiin..."
Syafiqah menadahkan tangan dan meraupkan kedua-duanya ke wajahnya yang flawless tanpa secalit jerawat. Aku mengaminkan doanya itu di hati.
"Wa'alaikumussalam. Waiyaki!" Hasya yang duduk paling depan menyahut riang. Perkataan 'waiyyaki' itu membawa maksud 'dan kepada kamu juga!' Oleh sebab Syafiqah itu perempuan, sebab tu ada 'ki' kat hujung 'waiyyaki'. 'Ki' dalam bahasa Arab ialah dhomir muttasil (kepunyaan) yang merujuk kepada 'anti' [awak(1P)].
Syafiqah Umairah membalas kata-kata Hasya dengan mengangguk kecil. Kemudian dia memandang aku pula. Dia seperti tersenyum.
"Dan terima kasih jugak pada Syafiqah Syahira sebab sudi berkawan dengan saya. Nama pun sama dengan saya!" Ucapan itu membuatkan aku terharu.
Aku tersenyum di sebalik mask. Aku mengangguk kecil juga, tanda menyukai ucapannya itu.
"Baiklah, itu saja dari saya. Hingga berjumpa lagi! Ma'a salamah! Selamat tinggal!" Nada haru kedengaran di hujung ayat Syafiqah Umairah itu. Aku sempat menyeka air mata yang mengalir di mata kananku.
Selamat tinggal, Syafiqah Umairah. Semoga jodoh kita panjang. Semoga jumpa awak lagi di masa depan!
❤️🙈
Kau tau
Syafiqah Umairah pindah
Kalau kau nak num dia, kau minta je aku
nanti aku kasi
Mesej dari si Syafiq (Syafiqah Syahira) itu aku baca hanya sekali. Dia pindah?
Mungkin sebab dia betul-betul nak pindah. Bukan sebab mengejar perhatian aku lagi.
Walau ayat aku macam meninggi diri, tapi itulah realitinya. Dulu, Syafiqah Umairah pindah sekolah ni pun sebab nak cari aku. Nasib baiklah hubungan kami yang dahulu terputus begitu saja. Cukuplah aku dianggap sebagai rakan saja.
Tak hendak melebih-lebih.
Aku letakkan telefon ke atas meja. Muka diraup seketika. Ah, penat. Penat sangat.
Kepala pun tak henti-henti ber'pusing'. Baik aku tidur sekejap.
Aku angkat kedua kaki di sofa. Kepala aku rebahkan pada bantal mini di kepala sofa. Rehatkan minda.
Tin dong! Tin dong!
Ai... siapa pulak yang datang? Umi ke? Awalnya Umi balik hari ni.
Aku nak tak nak cuba bangkit dari pembaringan. Sempat terintai-intai tingkap melihat susuk siapa yang menekan loceng rumah. Kalau ada kereta di depan pagar, itu memang bermakna Umi yang sampai.
Tapi nampaknya bukan Umi, sebab tak ada kereta. Loceng rumah masih berterusan ditekan.
Tin dong! Tin dong! "Assalamualaikum!"
Kali ni disertakan sekali dengan bunyi salam. Suara lelaki. Oh, maknanya orang lelaki yang datang.
Aku masih lagi terintai-intai, ingin mengetahui siapa di luar sana. Posmen ke? Atau vendour barang, atau grab atau food panda. Tapi itu semua macam mustahil sebab kami sekeluarga langsung tak pesan apa-apa secara online buat masa ni.
Tapi apa yang aku nampak ialah seorang lelaki di depan sana. Mungkin sebaya dengan aku. Dia pakai facemask. Aku tak cam siapa dia. Classmate aku ke?
Kenapa datang tak bagitahu? Eh, macam mana dia tahu rumah aku?
"Assalamualaikum!" Salam dilaungkan sekali lagi.
Wa'alaikumussalam. Aku jawab sendiri. Aku capai face mask dari kotak di atas meja. Tergerak hati untuk bertemu dengan manusia itu. Harap-harapnya bukan orang jahat. Kalau tak, haru! Dahlah aku seorang je dalam rumah sekarang.
Pintu rumah perlahan dibuka. Sekali lagi aku mengintai-ngintai dengan kepala yang ditonjol di sebalik pintu. Terang lagi bersuluh, itu memang remaja lelaki.
Eh, macam kenal... takkanlah itu...
"Hai, Jimin! Hahahaha! Lamak tak jumpa bro!" sapa remaja itu.
Eh, kau... "Iqbal ke?" Aku sempat menyoal di kala kaki mula melangkah mendekati pagar. Orang depan aku mengangguk.
"Kau pindah sini?" Semakin aku menghampiri dia, semakin jelas wajahnya ku lihat. Benar, orang ialah Iqbal, bekas kumpulan The Playful Boys dulu.
"Ha'ah. Tak sangka kau pindah sini jugak. Cam kebetulan je." Iqbal ketawa. "Ni, parent aku kasi kat keluarga kau orang. Kami baru tahu jugak korang pindah sini." Dia menghulurkan di atas pagar, sebuah plastik yang berisi bekas makanan.
Aku menerima saja bekas tu. "Apa dalam ni?"
"Karipap. Untuk makan petang."
"Oh, terima kasih," jawab aku, ringkas. Sejujurnya aku kekok. Dah lama kami tak bertemu sejak tengah tahun lepas. Iqbal tidak menjawab ucapan terima kasih aku. Apa yang aku nampak, dia sedang menyepetkan lagi matanya. Tanda sedang tersenyum.
"Kau sekolah mana? Sebiru Langit ke?" soalku lagi. Hari tu pernah nampak kelibat dia, kat bab 21. Macam dia, tu yang nak tanya buat kepastian.
"Taklah, aku kat STAP."
"STAP? Ouh, rupanya." Aku mengangguk kecil, membalas katanya itu.
"Kat Sebiru Langit tu apalah ada. Sekolah tak ada potensi, sebab tu pelajarnya tak elit."
Ayat Iqbal itu membuatkan aku menarik nafas dalam-dalam. "Okey je sekolah tu. Ada je yang keluar jadi doktor." Aku pertahankan sekolah aku yang dihina sebentar tadi.
"Kalau ya pun, mesti doktor yang murah-murah je. Tak pro. Entah-entah, bedah sekali orangnya terus mati!"
"Eh, kau dah kenapa hina sekolah tu?" Aku pada mulanya memang tak kisah kalau dia hina sesedap mulut dia. Tapi kalau melibatkan perkataan 'mati' tu memang aku naik angin. Jaga mulut, boleh?
"Taklah, aku perli je. Kenapa? Koyak?" Iqbal mula ketawa seperti ibu tiri Cinderella versi lelaki.
Ah, sabar je aku dengan perangai dia. Dulu tak adalah macam ni. Apa salah aku sehingga nak terperli-perli macam ni. Sabar, Naim. Sabar.
"Kalau aku ada salah kat kau, aku minta maaf." Itu saja ayat yang mampu aku fikir untuk menenangkan keadaan.
"Iya-iya, dah lama dimaafkan." Iqbal menyengetkan kepala dan memandang aku dengan jengkel. "Tak sangka kau pindah sini."
Aku hanya tersenyum di sebalik mask.
"Dahlah. Aku pulang dulu. Nanti kalau kita jumpa lagi, kau tegur aku okey? Assalamualaikum." Iqbal ketawa lagi sebelum memusingkan badan ke belakang. Dia terus berjalan meninggalkan aku di pekarangan rumah sendiri.
"Wa'alaikumussalam." Aku memandang Iqbal yang berjalan sehingga tubuhnya lesap dari pandangan. Sejujurnya aku maafkan dia dalam perkara menghina sekolah tadi. Cuma yang aku geram, kenapa dia tiba-tiba saja serang aku?
YOU ARE READING
Kambing On Nut ✓
Jugendliteratur𝘴𝘩𝘰𝘳𝘵𝘦𝘯 𝘢𝘴 𝘒𝘈𝘔𝘖𝘕, 2020 Melihatkan sekeping gambar itu, cukup mengingatkan aku tentang seseorang. Peristiwa 10 tahun lalu masih segar bugar di kepala. Bagaikan sebuah layar filem yang sentiasa dimainkan. Gagal melindungi dia, bermakna...